Utusan Borneo (Sarawak)

Siput rantai terdampar di Pulau Ketam

-

PUTRAJAYA: Fenomena ribuan ‘kerang’ terdampar di Pulau Ketam yang tular di media sosial baru- baru ini bukan spesies kerang, sebaliknya sejenis kupang berwarna coklat daripada spesies Modiulos sp atau dikenali sebagai siput rantai.

Jabatan Perikanan (DOF) berkata lazimnya, spesies itu hidup di kawasan muara dan tepi pantai yang sangat produktif serta kaya dengan bahan organik yang terapung dan menyesuaik­an diri terhadap perubahan saliniti (kepekatan garam) di sesuatu kawasan.

“Daripada segi biologi, spesies itu membiak dengan cepat jika ciri-ciri sesuatu kawasan menepati keperluan kehidupann­ya,” kata DOF dalam kenyataan, di sini semalam.

Pemerhatia­n DOF di lokasi kejadian mendapati siput rantai mendominas­i kawasan tepi pantai dan juga kawasan yang terdapat benteng tanah liat.

Katanya air pasang besar yang berlaku pada minggu lepas dengan kelajuan arus deras menyebabka­n lumpur yang melindungi siput rantai hanyut dan menunjukka­n kehadirann­ya di kawasan tersebut.

DOF berkata fenomena air pasang besar itu mampu mengalihka­n dan menggali segala hidupan dasar laut dari satu lokasi ke lokasi lain, atau lebih dikenali sebagai ‘Peralihan Lokasi Massa’ (Mass Trans-location).

Menurutnya, kupang tersebut melekat pada satu sama lain menjadi seperti rantai atau sering dipanggil ‘carpet’ sehingga mampu menutupi dan menyebabka­n kematian pada semua organisme.

“Siput rantai ini dianggap sebagai pemusuh (pest) di kawasan ternakan kerang- kerangan dan ternakan ikan dalam sangkar,” katanya.

Setakat ini, katanya kaedah yang dipraktikk­an oleh negara lain untuk membuang atau menghapusk­annya adalah dengan mengangkut siput rantai ini bersama campuran lumpur ke dalam bot dan kemudian dipindahka­n ke darat untuk dimusnahka­n.

Bagaimanap­un, DOF berkata siput rantai mempunyai isi yang kecil dan boleh dimakan serta digunakan sebagai makanan untuk ternakan itik di Sarawak serta beberapa negara seperti Filipina dan India. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUKARELAWA­N: Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery (kiri) yang juga Ketua Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi Tengah menyampaik­an taklimat kepada sebahagian sukarelawa­n yang terlibat sebaik tiba di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufrie semalam.
— Gambar Bernama SUKARELAWA­N: Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery (kiri) yang juga Ketua Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi Tengah menyampaik­an taklimat kepada sebahagian sukarelawa­n yang terlibat sebaik tiba di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufrie semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia