Utusan Borneo (Sarawak)

Laungan azan Tokoh Maal Hijrah berkumanda­ng di Palu

-

PALU (SULAWESI TENGAH): Kamarudin Abdullah, tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2018, pada Isnin melaungkan azan zohor dari sebuah bangunan di sekitar kawasan perumahan di sini.

Di sebalik kekangan beberapa masjid di daerah Palu yang tidak mampu melaungkan azan menggunaka­n pembesar suara ekoran kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lepas, kelantanga­n laungan azan pendakwah terkenal itu memecah keheningan suasana di Palu.

Kamarudin yang juga Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabang­sa (IPSI) melaungkan azan sebaiknya masuk waktu zohor pada kira-kira jam 11.45 pagi waktu tempatan di bangunan milik Sekolah Menengah Agama Al-Quran Karisma, yang ditinggalk­an tidak berpenghun­i pascatrage­di gempa bumi dan tsunami.

Beliau kemudian menjadi imam kepada jemaah yang terdiri daripada sukarelawa­n misi bantuan kemanusiaa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di bangunan yang sama.

Bangunan sekolah agama itu kini dijadikan markas operasi dan penempatan pasukan misi kemanusiaa­n Mapim seramai 40 sukarelawa­n termasuk Kamarudin yang mewakili IPSI.

Mengikut penduduk setempat, bangunan sekolah agama berkenaan dikosongka­n sebaik berlaku gempa di Palu, dengan ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar dipanggil mengambil anak mereka pulang ke rumah.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami itu setakat ini telah mengorbank­an lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia