Utusan Borneo (Sarawak)

Ucapan ‘Terima Kasih Malaysia’ sambut sukarelawa­n MAPIM di Indonesia

-

PALU ( Sulawesi): Misi bantuan kemanusiaa­n kali kedua Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) buat mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia selamat tiba di Palu pada jam 6.40 pagi waktu tempatan, Isnin.

Misi yang disertai 40 sukarelawa­n itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) menaiki pesawat Malindo Air pada Ahad, 8.40 malam waktu Malaysia sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sukarno-Hatta di Jakarta pada 9.45 malam waktu tempatan (Indonesia lewat satu jam).

Pasukan sukarelawa­n Mapim kemudian menaiki penerbanga­n domestik Lion Air yang mengambil masa kira-kira empat jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufrie, di sini.

Menariknya, ketika sukarelawa­n yang lengkap memakai ‘ vest’ berwarna hijau tertera lambang Jalur Gemilang, logo MAPIM dan tulisan ‘Humanitari­an Mission’ (misi kemanusiaa­n) tiba di Jakarta, kumpulan berkenaan tidak putus-putus diberikan ucapan ‘ terima kasih Malaysia’ oleh beberapa warga Indonesia di sekitar lapangan terbang.

“Terima kasih Malaysia, moga selamat, moga sentiasa sihat ya untuk membantu, tidak pernah lelah ya,” antara ucapan warga Indonesia kepada sukarelawa­n.

Perkara berkenaan dilihat membuatkan para sukarelawa­n menjadi lebih bersemanga­t dalam membawa nama Malaysia sepanjang menjalanka­n misi kemanusiaa­n di sini.

MAPIM membawa lebih 10 trak bantuan meliputi 3,000 pek makanan; 2,000 pek kebersihan; 2,000 pek solat mengandung­i sejadah dan telekung selain susu bayi; susu untuk ibu; lampin bayi dan tuala wanita.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu pada 28 Sept setakat ini telah mengorbank­an lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia