Utusan Borneo (Sarawak)

Negeri sembilan bebas HFMD

-

SEREMBAN: Negeri Sembilan diisytihar­kan bebas daripada wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, S. Veerapan.

Beliau berkata langkah pencegahan yang diambil Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan ( JKNS) dalam menangani wabak itu terbukti berkesan berdasarka­n statistik terkini dikeluarka­n jabatan berkenaan yang menunjukka­n penurunan ketara sejak bulan lalu.

“JKNS hanya merekodkan dua kes HFMD pada minggu ke-42 tahun ini berbanding tiga kes pada minggu sebel- umnya.

Penularan wabak HFMD berjaya dikawal dengan pelbagai langkah termasuk kempen berterusan membabitka­n pengusaha tadika dan taska di seluruh negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kanak-Kanak Bebas Kaviti di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ahamad Jusoh dan Pengerusi Persekutua­n Bebas Kaviti Masa Depan (ACFF) Malaysia, Profesor Dr Rahimah Abdul Kadir.

Veerapan berkata, secara keseluruha­n bagi tempoh Januari sehingga hari ini, sebanyak 2,698 kes HFMD telah dilaporkan berbanding 759 kes pada tempoh sama, tahun lalu.

Beliau taburan kes HFMD mengikut daerah bagi tempoh berkenaan adalah 1,847 kes di Seremban, Port Dickson (227), Jempol (214), Kuala Pilah (144), Rembau (118), Jelebu (85) dan Tampin (63).

“Walaupun kes HFMD semakin menurun, kita mahu ingatkan semua pihak supaya sentiasa mengamalka­n langkah pencegahan bagi mengelakka­n penularan semula wabak berkenaan.

“Sentiasa pastikan tabiat asas kebersihan dikekalkan selain melakukan saringan di premis bagi memastikan tiada kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia