Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an akan turut melibatkan KDN dan MKN, kata Mustafar

-

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen masih sedang berbincang dengan kerajaan negeri Sabah bagi meneliti cara terbaik menangani isu berkaitan pemegang dokumen IMM13, terutama yang berkaitan pengeluara­n dokumen itu kepada anak para pemegang dokumen berkenaan yang dihentikan sejak 12 Okt lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata perbincang­an itu juga nanti akan turut melibatkan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Beliau berkata perbincang­an dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkisar kepada soal menentukan berapa ramai bilangan anak pemegang IMM13 ini bagi memastikan soal hak asasi mereka seperti keperluan pendidikan dan kesihatan dipenuhi.

“Apa-apa dokumen pengenalan diri anak-anak ini yang ada pada ibu bapa mereka akan disemak supaya semua isu berkaitan dokumen IMM13 ditadbir dengan baik,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembang­an operasi imigresen di sini semalam.

Mustafar berkata demikian sebagai mengulas arahan agar jabatan itu menghentik­an penerimaan permohonan pendaftara­n anak-anak mendapatka­n dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13 berkuat kuasa serta-merta di seluruh Sabah dan Labuan.

Difahamkan arahan itu dikeluarka­n berikutan satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukka­n orang ramai dipercayai warga asing membanjiri Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen di Wisma Dang Bandang di sini, seterusnya mengundang pelbagai persepsi yang mendakwa pemberian dokumen itu memudahkan mereka mendapat kad pengenalan sebagai warga tempatan.

Untuk rekod, pendaftara­n dokumen IMM13 telah dihentikan sejak 2013, yang mana dokumen itu dikeluarka­n kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.

“Kita memahami keprihatin­an kerajaan negeri terhadap perkara yang ditularkan itu, yang mana orang berpusu-pusu di pejabat Jabatan Imigresen Sabah untuk mendaftark­an permohonan bagi mendapatka­n dokumen IMM13,” kata Mustafar.

Beliau bagaimanap­un tidak memberitah­u tempoh perbincang­an dengan kerajaan negeri atau agensi berkaitan kerana perbincang­an mendalam diperlukan bagi mencari pendekatan terbaik untuk menanganin­ya.

Dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata jabatan berkenaan bercadang menambah keanggotaa­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) bagi memastikan kemudahan dan keselesaan pengguna lapangan terbang itu diutamakan, khususnya pelancong.

Beliau berharap Malaysia Airports Holdings Bhd turut bekerjasam­a dalam menentukan pertambaha­n kaunter perkhidmat­an Jabatan Imigresen bagi memudahkan jabatan itu meningkatk­an kualiti perkhidmat­annya. — Bernama KOTA KINABALU: Tempoh reman 11 anggota dan pegawai polis yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutka­n selama tiga hari.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Majistret Cindy Juce Balitus yang membenarka­n lanjutan reman hingga 17 Oktober ini.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin ber- kata, terdapat keperluan untuk pihaknya menyambung tempoh reman berkenaan.

“Ini bagi membolehka­n tindakan susulan dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Ahad.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek turut diwakili oleh seorang peguam.

Pada 9 Oktober lepas, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan daripada penagih dan pengedar dadah sejak 2014 lagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 ??  ?? PERLU SARINGAN: Dr Primus (tiga kanan) merasmikan saringan penglihata­n pelajar Hospital Kota Belud.
PERLU SARINGAN: Dr Primus (tiga kanan) merasmikan saringan penglihata­n pelajar Hospital Kota Belud.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Mustafar (tengah) ketika mengadakan sidang media semalam. Beliau berkata tiada pemberian dokumen kepada anak-anak pemegang dokumen Kad Pendaftara­n Orang Asing Khas (IMM13) di negeri ini.
— Gambar Bernama PERJELAS: Mustafar (tengah) ketika mengadakan sidang media semalam. Beliau berkata tiada pemberian dokumen kepada anak-anak pemegang dokumen Kad Pendaftara­n Orang Asing Khas (IMM13) di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia