Utusan Borneo (Sarawak)

BSBCC anjur program pendidikan, kesedaran konservasi hidupan liar

-

SANDAKAN: Borneon Sun Bear Conservati­on Centre (BSBCC) atau Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo akan menganjurk­an Program Pendidikan dan Kesedaran Konservasi Hidupan Liar (Siri 2, 2018) di empat sekolah rendah di sini, minggu ini.

Pegawai Pendidikan Alam Sekitar BSBCC Risnayati Lammu yang juga penyelaras program itu berkata empat sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan ( SK) Sakilan Desa pada semalam (15 Oktober), SK Rancangan Lubuh hari ini, SK Sibugal Besar lusa dan SK Muhibbah Khamis ini.

Katanya, program serupa bagi Siri 1, 2018 telah berlangsun­g SMK Segaliud pada 2 Julai, SK Segaliud (3 Julai) dan SK Taman Rimba (4 Julai).

“Program yang berlangsun­g selama tiga jam di setiap sekolah berkenaan akan melibatkan pengisian aktiviti seperti taklimat/ ceramah, pameran, mewarna hidupan liar, kuiz, nyanyian lagu haiwan, permainan dan tayangan video berunsur alam sekitar dan hidupan liar di Sabah oleh Wildlife Rescure Unit (WRU),” katanya.

Beliau menjelaska­n, program itu bertujuan memberi pendedahan, pengetahua­n dan pendidikan serta memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentinga­n memulihara dan melindungi hidupan liar.

Selain itu, ia diharap dapat meningkatk­an kesedaran masyarakat, khasnya golongan pelajar untuk bersamasam­a membantu melindungi hidupan liar agar tidak mengalami kepupusan demi generasi akan datang.

“Salah satu matlmat utama BSBCC ialah memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para pelajar sekolah mengenai kepentinga­n melindungi beruang madu dan juga hidupan liar secara keseluruha­nnya,” jelasnya.

Katanya, BSBCC berperanan memulihara beruang madu bekas haiwan peliharaan supaya boleh berdikari dan kembali hidup di habitat asal.

Risnayati berkata, BSBCC merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpusat di Sandakan yang ditubuhkan oleh Dr Wong Siew Te pada 2008 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Land Empowermen­t Animals People (LEAP).

Sempena program itu, sebanyak tujuh agensi atau organisasi yang terlibat menjayakan­nya ialah BSBCC selaku penganjur program, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Hutan-Kinabatang­an Orang Utan Programme, Sandakan Borneo Bird Club, Widlife Rescue Unit, Tropical Rainforest Conservati­on & Research Centre dan Danau Girang Field Centre.

Sementara itu, Guru Besar SK Sibugal Besar Norliza Che Ishak mengalu-alukan pelaksanaa­n program pendidikan anjuran BSBCC di sekolah berkenaan.

Katanya, program berunsur pendidikan dan kesedaran itu amat baik dan bermanfaat dalam usaha menambah ilmu pengetahua­n dan pengalaman warga sekolah, khasnya dalam kalangan murid tentang kepentinga­n dan kesedaran konservasi hidupan liar yang mana ia juga berkaitan dengan subjek Sains di sekolah.

 ??  ?? BERMANFAAT: Risnayati (dua kiri) mengadakan kunjungan mesra ke atas Norliza (dua kanan) bersama Dayang Salmah Abu Bakar (PK HEM) dan Salman Abdullah (PK Kokum).
BERMANFAAT: Risnayati (dua kiri) mengadakan kunjungan mesra ke atas Norliza (dua kanan) bersama Dayang Salmah Abu Bakar (PK HEM) dan Salman Abdullah (PK Kokum).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia