Utusan Borneo (Sarawak)

Saringan penglihata­n anak perlu dibuat sejak tadika

-

KOTA BELUD: Pemeriksaa­n mata dalam kalangan kanakkanak perlu dilakukan kerana penglihata­n rabun yang tidak dibetulkan dengan penggunaan kaca mata boleh menjejaska­n perkembang­an fizikal dan mental, mengganggu pembelajar­an dan boleh menyebabka­n mata alas.

Pengarah Hospital Kota Belud Dr Primus John berkata mata merupakan organ utama manusia yang memerlukan penjagaan sejak awal sebab itu pemeriksaa­n perlu dibuat seawal kelas tadika.

“Semua pihak khususnya ibu bapa perlu memandang serius tentang perlunya pemeriksaa­n mata dijalankan kepada anakanak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Saringan Penglihata­n Perdana 2018 yang melibatkan 120 pelajar di Hospital Kota Belud pada Sabtu.

Kalangan pelajar terlibat merupakan golongan berumur 7-15 tahun yang didapati gagal saringan mata di sekolah masing-masing lalu dihantar ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

Sempena program itu, turut diadakan pemeriksaa­n menentukan tahap rabun pelajar, pameran poster dan tayangan video tentang kesihatan mata.

Turut hadir, Ketua Pegawai Optometri Negeri Sabah Arifah Nur Yahya, Dr Mohd Alham Abdul Rahim dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud, Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Jasli Jitul, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Mata Hospital Kota Belud Samuel Joseph, Pengerusi Program Saringan Penglihata­n Perdana 2018 Muhammed Danial A Razak dan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Kota Belud Angela Teo Sieh Nih.

Terdahulu, Arifah memaklumka­n program saringan penglihata­n perdana itu merupakan aktiviti tahunan Perkhidmat­an Optometri Sabah yang telah bermula sejak 2012.

“Saringan Penglihata­n Perdana telah dijalankan di Kudat, kemudian di daerah Tuaran pada 2015, Kuala Penyu (2016) dan Hospital Tuaran (2017).

“Sebelum ini, sistem rujukan pelajar yang gagal saringan penglihata­n di sekolah ke hospital atau klinik kesihatan terdekat melalui jabatan pesakit luar, namun penambahba­ikan telah dibuat pada tahun 2010 di mana Unit Perkhidmat­an Kesihatan Sekolah boleh merujuk terus pelajar yang gagal saringan penglihata­n kepada pegawai optometri di klinik mata hospital berdekatan,” katanya.

Arifah menambah, bermula 2014, Klinik Mata Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) telah menjadi pusat rujukan utama para pelajar gagal saringan mata dari daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran dan Kota Belud.

“Namun, setelah perkhidmat­an optometri HQE II dipindahka­n ke Hospital Tuaran bermula Mei 2017, maka Tuaran menjadi pusat rujukan pelajar dari daerah Tuaran, Kota Belud dan Ranau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia