Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong pusat jagaan paliatif

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak bersedia memberi sokongan terhadap penubuhan pusat penjagaan paliatif di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga dipertingk­atkan kerana ia merupakan perkhidmat­an yang sangat mulia.

“Ini adalah peranan yang amat baik dan wajar dipuji, kerana memberi sinar harapan kepada pesakit termasuk ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat bersama Two Tree L o d g e H o s pic e Kuching, Pusat Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan dan Kuching Life Care sempena lawatan ke Two Tree Lodge Hospice Kuching di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Perubatan Two Tree Lodge Hospice Kuching Dr Winnie Ling Hui Yee, wakil Pusat Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak Dr Angel Wong, Pengerusi Persatuan Kanser Kebangsaan Dr Lam Chin Chyou dan Pengasas Kuching Life Care Hung Sung Huo.

Dalam pada itu, Fatimah juga yakin bahawa perkhidmat­an tersebut akan turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Sarawak.

“Sudah tentu, ini sangat dialu- alukan dan amat dihargai Kerajaan Sarawak. Ini kerana adalah sangat penting untuk kita menyediaka­n kehidupan yang berkualiti kepada pesakit, terutama bagi mereka yang sudah tidak dapat diselamatk­an lagi,” katanya.

Justeru, beliau memuji usaha Two Tree Lodge Hospice Kuching, Pusat Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan dan Kuching Life Care yang saling bekerjasam­a dalam memainkan peranan menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan paliatif di Sarawak.

Beliau juga berharap keempat- empat organisasi tersebut dapat menyediaka­n perkhidmat­an di bawah satu bumbung agar dapat memberi penjagaan paliatif secara menyeluruh.

Penjagaan pali ati f merupakan perkhidmat­an yang diberikan kepada pesakit kronik dan kritikal yang mungkin tidak dapat diselamatk­an lagi, demi memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup serta dapat menjalani kehidupan berkualiti.

 ??  ??
 ??  ?? RUJUKAN: Fatimah (tengah) menunjukka­n buku tentang penjagaan paliatif sambil disaksikan kakitangan Two Tree Lodge Hospice Kuching, Pusat Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan dan Kuching Life Care.
RUJUKAN: Fatimah (tengah) menunjukka­n buku tentang penjagaan paliatif sambil disaksikan kakitangan Two Tree Lodge Hospice Kuching, Pusat Penjagaan Paliatif Hospital Umum Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan dan Kuching Life Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia