Utusan Borneo (Sarawak)

PERLU RANCANG STRATEGI BAHARU

Dua pemain negara cedera, tidak dapat beraksi menentang Republik Kyrgyz malam ini

-

MELAKA: Dua pemain tonggak Harimau Malaya iaitu Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Matthew Davies dijangka tidak dapat beraksi menentang Republik Kyrgyz dalam perlawanan persahabat­an di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam esok akibat kecederaan.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata Shahrel Fikri mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabat­an menentang Sri Langka di Colombo pada Jumaat lepas, manakala Davies mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Beliau berkata pihaknya tidak merancang untuk menggantik­an pemain yang cedera itu berikutan sesi latihan hanya tinggal satu hari menjelang perlawanan persahabat­an itu sebelum bertemu Republik Kyrgyz.

“Kita belum pastikan siapa akan diturunkan esok dan kita ada satu hari atau esok untuk merancang atau memikirkan pemain yang sesuai untuk diturunkan nanti bagi perlawanan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Shahrel Fikri merupakan pemain penyerang yang beraksi bersama Nakhon Ratchasima di Thailand, dan Davies adalah pemain pertahanan pasukan Pahang.

Ditanya tentang kenyataan Ketua Jurulatih Republik Kyrgyz Alexander Krestinin bahawa Malaysia memiliki kumpulan pemain peny- erang yang pantas, Cheng Hoe berkata barisan serangan negara telah mempamerka­n peningkata­n yang baik dalam perlawanan sebelum ini.

“Barisan serangan dilihat mempamerka­n peningkata­n bukan lagi bermain secara individu, malah sebagai satu pasukan yang amat diperlu- kan dalam memantapka­n lagi kombinasi para pemain.

Biarpun pihak lawan mempunyai kekuatan dari segala aspek termasuk kedudukan ranking dunia lebih atas daripada Malaysia, namun ada dua tiga perkara yang perlu dititikber­atkan antaranya tidak mengambil risiko di- bolosi awal,” katanya.

Tan berkata, beliau turut melihat potensi besar pada tiga pemain muda seperti Muhammad Syahmi Safari, Mohammad Nor Hakim Hassan dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid untuk masa depan pasukan kebangsaan berdasarka­n persembaha­n mereka namun mereka perlu dapatkan peluang bermain dan berkerja keras bagi mendapat tempat dalam pasukan.

“Barisan jurulatih dan pemain- pemain mempunyai keyakinan untuk dapatkan keputusan positif, lebih- lebih kita bermain di halaman sendiri dengan sokongan ramai peminat bola sepak, saya pasti semua pemain akan menunjukka­n prestasi terbaik,” katanya. — Bernama

Kita belum pastikan siapa akan diturunkan hari ini dan kita ada satu hari atau esok untuk merancang atau memikirkan pemain yang sesuai untuk diturunkan nanti bagi perlawanan itu. Tan Cheng Hoe Ketua Jurulatih Harimau Malaya

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERTEMBUNG: Tan Cheng Hoe (dua kanan) bersalaman dengan Krestinin selepas sidang media pra perlawanan antarabang­sa ‘A’ antara Malaysia dan Republik Kyrgyz, semalam.
— Gambar Bernama BERTEMBUNG: Tan Cheng Hoe (dua kanan) bersalaman dengan Krestinin selepas sidang media pra perlawanan antarabang­sa ‘A’ antara Malaysia dan Republik Kyrgyz, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia