Utusan Borneo (Sarawak)

SAMBUTAN HARI MALAYSIA, MAAL HIJRAH IPGKTAR SARAT PENGISIAN

-

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan baru-baru ini mengadakan perhimpuna­n khas sempena sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah tahun ini.

Program itu dianjurkan oleh siswa pendidik daripada kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam 4618, 5618, 6618 dan PISMP Pendidikan Jasmani 1618 dengan kerjasama Unit Kebajikan, Sosial dan Keselamata­n Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAR.

Tema sambutan Hari Malaysia pada kali ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku,’ manakala sambutan Maal Hijrah pula bertemakan ‘Kesantunan Umat Membawa Rahmat.’

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Malaysia iaitu pertanding­an kibar Jalur Gemilang antara blok kolej kediaman, perbarisan dan perarakan oleh staf dan siswa pendidik, tayangan video Hari Malaysia, sketsa bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku’ dan nyanyian lagu patriotik.

Johan keseluruha­n bagi pertanding­an kibar Jalur Gemilang dan perbarisan telah dimenangi oleh penghuni Kolej Kediaman Blok Akasia.

Aktiviti sedemikian diyakini memupuk rasa sayang dan cintakan negara serta memperkuku­hkan perpaduan dalam kalangan warga IPGKTAR yang pelbagai bangsa dan agama.

Sementara itu, pengisian sambutan Maal Hijrah pula ialah persembaha­n lagu nasyid oleh Kumpulan Sautul Raudhah dan bercerita kisah daripada al-Quran oleh Amir Luqman.

Pada majlis itu juga, dua penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah dipilih oleh Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKTAR yang diketuai Amirul Syazwan Borhanordi­n.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut ialah Hamsiah Abdullah Masni iaitu Pengarah IPGKTAR Kota Samarahan dan Pembantu Tadbir N.22 Saimon Hajmi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TULANG BELAKANG: Jawatankua­sa penganjur Perhimpuna­n Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah IPGKTAR Kota Samarahan merakamkan kenangan.
TULANG BELAKANG: Jawatankua­sa penganjur Perhimpuna­n Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah IPGKTAR Kota Samarahan merakamkan kenangan.
 ??  ?? PATRIOTIK: Antara staf IPGKTAR yang terlibat dalam perarakan dan perbarisan Jalur Gemilang pada Perhimpuna­n Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah 2018.
PATRIOTIK: Antara staf IPGKTAR yang terlibat dalam perarakan dan perbarisan Jalur Gemilang pada Perhimpuna­n Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah 2018.
 ??  ?? DIIKTIRAF: Saimon menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Lelaki) pada majlis tersebut.
DIIKTIRAF: Saimon menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Lelaki) pada majlis tersebut.
 ??  ?? SERLAH BAKAT: Siswa pendidik mempersemb­ahkan skesta bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku.’
SERLAH BAKAT: Siswa pendidik mempersemb­ahkan skesta bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku.’
 ??  ?? TARIKAN: Perarakan basikal dan motosikal oleh siswa pendidik IPGKTAR Kota Samarahan.
TARIKAN: Perarakan basikal dan motosikal oleh siswa pendidik IPGKTAR Kota Samarahan.
 ??  ?? TAHNIAH: Hamsiah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah ( Wanita) pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Hamsiah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah ( Wanita) pada majlis tersebut.
 ??  ?? TERBAIK: Johan perarakan Jalur Gemilang dimenangi penghuni Blok Akasia.
TERBAIK: Johan perarakan Jalur Gemilang dimenangi penghuni Blok Akasia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia