Utusan Borneo (Sarawak)

IKON PELANCONGA­N BAHARU KUCHING

Air Pancut Berirama Darul Hana dibina di hadapan tebingan Kampleks DUN tarikan baharu bandar raya ini.

- — Gambar Bernama

KUCHING: Air Pancut Berirama Darul Hana yang dibina di hadapan tebingan Kampleks Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi ikon pelanconga­n baharu di bandar raya ini.

Diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia beroperasi menggunaka­n teknologi terkini yang memiliki pontun selebar 100 meter dan di atas pontun pula disusun dengan ratusan ‘nozzle’ yang berupaya memancutka­n air setinggi 25 meter dari Sungai Sarawak.

Akan dipasangka­n dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit, dari jam 8.30 dan 10.30, Air Pancut Berirama Darul Hana juga dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang mana dinding air berketingg­ian sembilan meter dan 80 meter panjang akan berfungsi sebagai latar belakang pancutan air.

Tarikan air di bahagian dinding direka bersama jubin khas akan memberi sentuhan semula jadi terhadap Air Pancut Berirama Darul Hana.

Dalam pada itu, ia juga mampu bergerak dan menari mengikut irama lagu yang dipadankan dengan kesan bunyi khas dan sistem pencahayaa­n yang penuh berwarna-warni mengikut kesesuaian majlis atau acara pada masa akan datang.

Dengan keunikan ini, ditambah lagi dengan hiasan landskap yang cantik dan menarik, Air Pancut Berirama Darul Hana pasti akan lebih terserlah dan menjadi satu lagi mercu tanda menarik di bandar raya Kuching yang bakal ‘memukau ‘para pengunjung.

Ikon pelanconga­n baharu ini telah dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud malam kelmarin sempena sambutan hari lahir ke-82 beliau dalam upacara yang diadakan di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Turut hadir isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta kenamaan lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia