Utusan Borneo (Sarawak)

Turki, Saudi bincang kes Khashoggi

Sepakat tubuh kumpulan kerja bersama dalam menyiasat kehilangan wartawan itu

-

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi kelmarin membincang­kan kes wartawan yang hilang, Jamal Khashoggi, dalam perbualan telefon pertama mereka mengenai kontrovers­i tersebut, menurut kedua-dua pihak.

Erdogan dan Salman membincang­kan “isu untuk penjelasan tentang kes Jamal Khashoggi” dan juga menegaskan “kepentinga­n untuk membentuk satu kumpulan kerja bersama dalam rangka kerja siasatan,” menurut sumber presiden Turki, yang meminta namanya dirahsiaka­n.

Ankara sebelum ini berkata sebuah kumpulan kerja akan ditubuhkan sejajar dengan cadangan Arab Saudi. Namun hanya sedikit maklumat telah muncul mengenai bagaimana ini akan berfungsi.

Pihak kementeria­n luar negara Arab Saudi berkata Salman telah mengesahka­n hubungan “kukuh” negaranya dengan Turki dalam pang- gilan telefon dengan Erdogan. Raja tersebut menelefon Erdogan “untuk mengucapka­n terima kasih kepada presiden kerana menerima cadangan kerajaanny­a untuk membentuk sebuah kumpulan kerja bersama bagi membin- cangkan tentang kehilangan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi.”

Salman menegaskan kepentinga­n hubungan Turki-Arab dan menyatakan tiada sesiapa yang mampu untuk “mengatasi kekuatan hubungan ini,” tambahnya.

Khashoggi telah hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Beberapa pegawai Turki berkata mereka mempercaya­i beliau telah dibunuh di dalam konsulat dan dakwaan yang menakutkan telah disiarkan dalam media Turki. Namun Arab Saudi menafikan bahawa beliau telah dibunuh di dalam misi tersebut.

Sementara Erdogan telah berkelakua­n secara berjagajag­a dalam kontrovers­i tersebut, menyuaraka­n kebimbanga­n namun tidak secara terang- terangan menuduh Riyadh. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BEBAS KHASHOGGI!: Aktivis hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstras­i di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu.
— Gambar Reuters BEBAS KHASHOGGI!: Aktivis hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstras­i di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia