Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH RANAP, 18 ORANG SEHELAI SEPINGGANG

-

BINTULU: Lapan belas mangsa daripada tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di kawasan setinggan Kampung Pisang di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri ranap dalam kebakaran sekitar jam 6.40 petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran itu, beliau mengerahka­n 13 anggotanya dengan menggunaka­n dua jentera pemadam ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n kerja memadam kebakaran.

“Sejurus tiba, kami mendapati api sedang marak memusnahka­n kesemua tujuh unit rumah yang dibina rapat antara satu sama lain,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba terpaksa menggunaka­n bekalan air dari tangki kenderaan bomba bagi memadam kebakaran disebabkan kawasan terbabit tidak memiliki pili bomba dan sumber air terbuka.

“Kami terpaksa menarik 20 gulung hos bagi melakukan semburan ke kawasan musibah kerana jentera bomba tidak dapat melalui jalan yang sempit dan becak akibat hujan lebat,” ujarnya.

Pihak bomba katanya, mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 7.15 malam.

Difahamkan seorang wanita turut mengalami kecederaan akibat kebakaran ini dan sudah dibawa ahli keluargany­a ke Hospital Bintulu bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Beliau menambah, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui anggaran kerugian dan punca sebenar kebakaran.

Kesemua mangsa kini tinggal sementara di rumah saudara berdekatan sementara menunggu rumah baharu siap dibina.

 ??  ?? MENCEMASKA­N: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
MENCEMASKA­N: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia