Utusan Borneo (Sarawak)

SIKAP BURUK WARGA JEJAS IMEJ BERSIH KUCHING

-

KUCHING: Mentaliti masyarakat yang menganggap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan kerja pembersiha­n selepas selesai sesuatu majlis menyebabka­n sampah dibuang sesuka hati.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata tabiat itu menyebabka­n pelbagai usaha serta program kesedaran dilakukan pihaknya kurang berjaya.

“Usaha menjaga kebersihan bandar raya mesti dipikul bersama komuniti setempat bukan di bahu PBT semata-mata.

“Kita (DBKU) telah mengadakan macammacam usaha tetapi disebabkan tabiat masyarakat kita yang suka membuang sampah merata-merata terutama ketika keramaian menggagalk­an semua ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perbuatan membuang sampah meratarata semasa Majlis Perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana pada malam Ahad lepas menyebabka­n persekitar­an Tebingan Kuching, kotor.

“Oleh itu tindakan menularkan perbuatan membuang sampah merata-rata oleh masyarakat pada malam perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana suatu yang dialualuka­n,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abang Abdul Wahap berkata menerusi penularan itu, perbuatan tidak bermoral pihak terbabit dapat dilihat masyarakat luar.

“Inilah kuasa masyarakat itu sendiri. Biar netizen menimbulka­n kesedaran dalam kalangan masyarakat kita kerana usaha DBKU nampaknya tidak dihargai.

“Biar rakyat negara luar atau tempat lain melihat sikap masyarakat kita,” ujarnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan DBKU tidak menyediaka­n tong sampah mencukupi semasa majlis itu berlangsun­g.

“Kita telah menyediaka­n tong sampah secukupnya dan orang ramai tidak boleh menjangkak­an tong sampah disediakan di setiap sudut.

“Orang ramai seharusnya menyimpan sampah mereka sebelum dibuang ke dalam tong sampah disediakan. Semua ini adalah tabiat masyarakat kita,” ujarnya.

 ??  ?? KOTOR: Gambar yang ditular dalam media sosial menunjukka­n Tebingan Kuching penuh dengan sampah selepas Majlis Perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana malam Ahad lepas.
KOTOR: Gambar yang ditular dalam media sosial menunjukka­n Tebingan Kuching penuh dengan sampah selepas Majlis Perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana malam Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia