Utusan Borneo (Sarawak)

AKIBAT GAGAL MEMOTONG

Penunggang maut motosikaln­ya bergesel tayar lori sebelum melanggar lori itu.

-

KUCHING: Gagal memotong, seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­nya bergesel dengan tayar lori sebelum melanggar lori berkenaan di Kilometer 13 Tanjung Durian, Jalan Bau-Kuching dekat sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali Zaidin Roseli, 55, dari Batu Kitang Jaya, Bau.

Beliau memberitah­u, kemalangan itu berlaku sekitar jam 9.15 pagi semalam ketika mangsa dalam perjalanan dari Bau ke Kuching.

"Ketika melalui Tanjung Durian (Jalan Bau-Kuching) dalam keadaan jalan yang tidak rata, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang cuba memotong lori berkenaan.

"Mangsa yang tidak sempat memotong lori tersebut disebabkan ada sebuah kenderaan datang dari arah bertentang­an cuba masuk semula ke laluannya dan terus melanggar tayar belakang sebelah kanan lori terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Alexson berkata, akibat perlanggar­an tersebut mangsa mengalami cedera parah yang teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Bau.

"Manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan. Motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan sebelah kiri dan lori terbabit pecah tayar belakang sebelah kanan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sekseyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987," tegasnya.

Selain itu, Alexson berkata polis turut meninjau tempat kejadian dan mengambil rajah kasar, ukuran tempat kejadian dan membawa kenderaan terlibat ke Balai Trafik Bau untuk pemeriksaa­n PUSPAKOM.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya turut ke tempat kejadian untuk membantu mengangkat mangsa serta menjalanka­n kerja pembersiha­n.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan operasi ditamatkan jam 10.30 pagi.

 ??  ?? ZAIDIN BANTU: Pasukan bomba membantu mengalih mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Bau.
ZAIDIN BANTU: Pasukan bomba membantu mengalih mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia