Utusan Borneo (Sarawak)

Geng pecah rumah dan curi motosikal tumpas

10 individu ditangkap dalam Ops Pintu dijalankan di sekitar kawasan Matang kelmarin

-

KUCHING: Geng pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Telaga Air dan Matang berjaya ditumpaska­n dengan tertangkap­nya 10 individu menerusi Ops Pintu yang dijalankan di sekitar kawasan Matang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan diketuai Inspektor Ajass bersama Cawangan Pencegahan Jenayah ( CPJ) Balai Kota Sentosa menahan 10 suspek lelaki berusia 23 hinga 41 tahun.

“Berdasarka­n maklumat yang diterima setakat ini mendapati kesemua yang ditangkap merupakan satu geng sindiket, dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi motosikal di sekitar kawasan Telaga Air dan Matang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Malah, Aidil mendedahka­n semasa serbuan dilakukan, polis turut menemui dan merampas dadah jenis syabu sebanyak 12 peket dipercayai milik suspek berusia 23 tahun yang juga dipercayai tokan dadah.

Mengulas lanjut tentang opersi itu, beliau menjelaska­n, pada jam 5.30 pagi JSJ IPD Padawan, CPJ Balai Kota Sentosa dan ahli Komuniti Kepolisan Matang Masjid AlBagyad memeriksa sebuah rumah di Batu 9 1/2 Jalan Matang dan menangkap tujuh suspek.

“Selepas itu, operasi diteruskan dan menyerbu sebuah rumah di Batu 10 Jalan Matang sekali gus menangkap tiga lagi suspek terlibat,” tambahnya.

Menurutnya dalam operasi itu, polis berjaya menemui tempat suspek-suspek menyembuny­ikan barangan yang dirompak dan dicuri iaitu di sebuah rumah di Batu 9 1/ 2 dan sebuah lagi rumah di Kampung Matang Laut.

“Terdapat 78 jenis barangan dirampas antaranya ‘water jet’, pemotong rumput, kasut, Playstatio­n, mesin urut tapak kaki, beg tangan pelbagai jenama, kamera Canon EOS 50D, telefon bimbit, tab, pemain video, kompresor, gergaji berantai, kepala gerjaji berantai, pemotong papan, ‘grinder’, penggerudi, pengetam papan, hos, gitar, motosikal, tayar motosikal, perkakasan motosikal dan sebagainya.

“Sehubungan itu, pengadu akan dipanggil datang ke balai untuk pengecaman barang kes di pejabat JSJ IPD Padawan,” jelasnya.

Berdasarka­n maklumat yang diterima setakat ini mendapati kesemua yang ditangkap merupakan satu geng sindiket, dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi motosikal di sekitar kawasan Telaga Air dan Matang. Superinten­den Aidil Bolhassan Ketua Polis Daerah Padawan

 ??  ?? BERKAS: Geng sindiket pecah rumah dan curi motosikal kawasan sekitar Telaga Air dan Matang berjaya ditumpaska­n.
BERKAS: Geng sindiket pecah rumah dan curi motosikal kawasan sekitar Telaga Air dan Matang berjaya ditumpaska­n.
 ??  ?? BAHAN BUKTI: Antara barang rampasan yang ditemui.
BAHAN BUKTI: Antara barang rampasan yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia