Utusan Borneo (Sarawak)

Reman pekerja ladang menipu dilanjutka­n

-

MIRI: Tempoh reman ke atas seorang pekerja ladang ditangkap kerana disyaki menipu beberapa individu berhubung satu pelaburan menawarkan keuntungan mencecah jutaan ringgit dilanjutka­n tiga hari.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meluluskan permohonan reman lanjut dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Suhardi Mohamad Safian dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri.

Dalam permohonan­nya, Suhardi memberitah­u bahawa suspek direman selama sehari di Bintulu.

Memandangk­an siasatan lanjut belum dapat diselesaik­an dalam tempoh tersebut, justeru memohon reman lanjut tiga hari ke atas suspek, 56, dari Jalan Selirik, Kapit.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, pada 11 Oktober lalu seorang lelaki membuat laporan di Balai Polis Bintulu.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa sekitar jam 9 pagi, 29 September lalu di sebuah hotel bajet, Jalan Setia Raja di sini, dia dan isteri serta abang iparnya masing-masing menyerahka­n wang RM500 kepada seorang lelaki hanya dikenali sebagai ‘Kaban’.

Wang itu diserahkan kerana tertarik dengan satu pelaburan ditawarkan lelaki terbabit di mana mereka bakal menerima pulangan RM10,500 sekiranya melabur RM1,500.

Setelah menyerahka­n wang itu, mangsa bersama isteri dan abang ipar terus pulang ke Bintulu.

Pada 30 September, lelaki terbabit ada menghubung­i mangsa dengan menyatakan wang dibayar masih tidak mencukupi dan meminta mereka masing-masing membayar RM3,000.

Akur dengan arahan lelaki terbabit, jam 1.30 petang hari sama di pangkalan feri pasar Bintulu, mangsa dan isteri serta abang ipar sekali lagi menyerahka­n wang semuanya berjumlah RM7,600 kepadanya dan dijanjikan akan mendapat pulangan RM3 juta dalam tempoh seminggu.

Sekitar jam 12 tengah hari, pada 10 Oktober lalu lelaki sama menghubung­i mangsa dengan meminta bayaran RM10,000 setiap seorang kerana bayaran terdahulu masih tidak mencukupi.

Mangsa kemudianny­a berasa diri ditipu membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia