Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki langgar kereta, cederakan suami isteri direman

-

Mahkamah Majistret di sini memerintah­kan seorang lelaki ditangkap kerana disyaki melanggar kereta dan mencederak­an sepasang suami isteri supaya direman empat hari membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fitri Kukung.

Dalam permohonan­nya, Mohd Fitri memberitah­u suspek, 31, dari Desa Senadin Fasa 2C di sini ditangkap sekitar jam 3.20 petang, 13 Oktober lalu di tepi Jalan Kwangtung di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan satu laporan polis dibuat seorang lelaki pada awal pagi 12 Oktober lalu di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, mangsa, 27, mendakwa sekitar jam 6.41 pagi hari sama di kawasan pasar di sini dia meletakkan kenderaan di tepi jalan meninggalk­an isterinya dalam kenderaan itu, sementara dia keluar membeli barang.

Ketika hendak masuk ke dalam kereta, datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar kenderaann­ya dan memukul mangsa serta isteri menggunaka­n tangan.

Selain itu, kumpulan terbabit turut bertindak memecahkan cermin hadapan kereta mangsa dengan alasan kenderaan mangsa menghalang laluan mereka melalui jalan terbabit.

Dalam permohonan lanjutnya, Mohd Fitri berkata, memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk melakukan kawad cam.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 18 Oktober ini.

Pada Sabtu lalu, tiga suspek masing- masing berusia 34, 35, dan 33, ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes sama diperintah­kan mahkamah supaya direman selama tiga hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia