Utusan Borneo (Sarawak)

Diperdaya ketika membeli kereta terpakai, wanita kerugian RM1,500

-

SIBU: Seorang wanita kerugian RM1,500 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kereta terpakai yang tidak wujud menerusi sebuah laman sosial.

Wanita berusia 30-an itu dikatakan melayari laman sosial berkenaan sebelum tertarik dengan tawaran harga kereta berkenaan oleh seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis berpangkat inspektor.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa seterusnya berurus niaga dengan lelaki berkenaan melalui laman sosial berkenaan dan bersetuju membeli kereta terbabit dengan harga RM1,500.

“Selepas kiriman wang dilakukan, lelaki terbabit kemudian meminta wanita terbabit datang ke Balai Polis Sentral Sibu (CPS) di sini.

“Suspek pada masa yang sama turut menghantar gambar balai CPS untuk mendapatka­n kepercayaa­n mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Mangsa yang tidak menyedari dirinya ditipu kemudian datang ke CPS untuk menemui suspek.

Dia hanya menyedari dir- inya ditipu selepas diberitahu anggota polis lain bahawa suspek tidak pernah bertugas di balai berkenaan.

Tersentak dengan berita tersebut, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Stanley menasihati orang ramai su- paya menyiasat kesahihan maklumat yang diperolehi di laman sosial agar tidak tertipu.

Katanya, agak sukar untuk mendapatka­n kembali wang yang telah dikirimkan ke akaun orang lain sekiranya ia sebahagian daripada modus operandi penipuan.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia