Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap kampung di daerah Dalat digalak merancang aktiviti

-

MUKAH: Setiap kampung di daerah Dalat digalak merancang aktiviti masing-masing bagi memenuhi kalendar program sepanjang tahun.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aaan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah berkata, ia bagi memastikan daerah berkenaan penuh dengan pelbagai aktiviti dan secara tidak langsung menggalakk­an kegiatan ekonomi penduduk setempat.

“Kita sangat galakkan setiap kampung di Dalat merancang aktiviti masing-masing bagi sepanjang tahun,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Regata Kampung Balan dan Balan Walk di Kampung Balan, Dalat kelmarin (Ahad).

Menurutnya, dis amping memperting­katkan aktiviti ekonomi setempat, program seperti itu juga menggalakk­an penyatuan antara penduduk sama ada dengan pelbagai agensi bukan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Oleh sebab itu, program berkenaan harus diteruskan kerana ia membawa banyak kebaikan.

Beliau memberi contoh acara regata di Dalat yang dilakukan setiap tahun yang pada mulanya hanya dilakukan secara kecil- kecilan, namun kini ia telah dikenali ramai.

“Kini Regata Dalat sudah mula dikenali bukan sahaja di kawasan Dalat tetapi di luar kawasan juga,” jelasnya.

Bagaimanap­un, pada tahun ini Regata Dalat akan dilangsung­kan di Oya dan digelar Regata Monsun Oya kerana Tebingan Sungai Dalat masih dalam fasa pembanguna­n.

Regata berkenaan katanya, akan berlangsun­g pada 25 November 2018.

Mengenai kemudahan penganjura­n, beliau berjanji akan terus melaksanak­an penambahba­ikan dari semasa ke semasa di setiap kampung melalui penyaluran geran projek kecil luar bandar ( MRP) untuk pembinaan kemudahan-kemudahan diperlukan.

Difahamkan Regata Kampung Balan mencapai sekitar 3,000 pengunjung sejak ia berlangsun­g Jumaat lalu.

 ??  ?? RASMI: Fatimah (depan, empat kiri) ketika memotong reben tanda perasmian Balan Walk sambil disaksikan hadirin lain.
RASMI: Fatimah (depan, empat kiri) ketika memotong reben tanda perasmian Balan Walk sambil disaksikan hadirin lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia