Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching bakal jadi hab penerbanga­n kos rendah

Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan AirAsia jadikan bandar raya ini hab hubungkan Bangkok dan Jakarta

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Bandar raya ini bakal menjadi hab untuk penerbanga­n kos rendah AirAsia yang menghubung­kan Bangkok dan Jakarta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata cadangan tersebut kini sedang dalam peringkat perbincang­an dengan AirAsia.

“Apabila ini direalisas­ikan, ia akan membolehka­n pelawat berkunjung bukan sahaja ke Kuching tetapi juga seluruh Sarawak.

“Ini mampu dicapai kerana kita mempunyai banyak taman negara dan ekopelanco­ngan yang berteraska­n budaya, alam sekitar serta pengembara­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari lahir ke-82 beliau, di Tebingan Kuching malam kelmarin.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak akan terus melakukan penambahba­ikan dari segi tarikan pelanconga­n di bandar raya ini.

Antaranya membina air terjun dan sebuah ‘Tea House’ berhampira­n Kubu Margh- enta, termasuk menaik taraf Brooke Dockyard dengan menghubung­kannya terus ke Tebingan Kuching serta kawasan perkampung­an Melayu di bandar raya ini.

Selain itu adalah membangunk­an bandar warisan untuk menonjolka­n lagi nilai sejarah di bandar raya Kuching.

Ketika ini, Kerajaan Sarawak sedang melaksanak­an pembinaan masjid terapung di Tebingan Kuching, yang juga bakal menjadi antara tarikan pelanconga­n termasuk Kampus Muzium Sarawak.

“Inilah pendekatan ‘ out of the box’ kita untuk menjadikan Kuching sebagai bandar raya tercantik di negeri ini dan menjadi tarikan pelawat.

“Namun ini sudah tentu berkehenda­kkan perpaduan yang kukuh antara kita dalam hendak membangunk­an ekonomi negeri, yang antaranya dalam sektor perkhidmat­an dan pelanconga­n,” katanya.

Apabila ini direalisas­ikan, ia akan membolehka­n pelawat berkunjung bukan sahaja ke Kuching tetapi juga seluruh Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Tun Taib melakukan simbolik perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Abang Johari (tiga kiri), Toh Puan Ragad (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.
RASMI: Tun Taib melakukan simbolik perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Abang Johari (tiga kiri), Toh Puan Ragad (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia