Utusan Borneo (Sarawak)

INDUSTRI PENTERNAKA­N KAMBING WAJAR TERUS DIGALAKKAN•

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

INDUSTRI penternaka­n kambing di negeri ini masih kecil berbanding industri komoditi lain sekali gus menuntut usaha memperkemb­ang industri ternakan itu berikutan mampu membawa keuntungan lebih sekiranya dilaksanak­an dengan lebih terancang, sistematik dan berterusan.

Di samping menekankan keperluan penyediaan makanan dan persekitar­an sesuai, pengusaha industri ternakan ini perlu sentiasa peka dan memahami tingkah laku haiwan ternakan itu.

Penternaka­n kambing tidak memerlukan kawasan tanah besar dengan keluasan minimanya hanya tiga ekar atau bersamaan 1.2 hektar tetapi proses penjagaann­ya baik amat penting dan perlu ditekankan dalam membantu memperkemb­ang industri ini.

Projek penternaka­n kambing mampu bertahan namun bergantung kepada keupayaan pengendali­annya menyediaka­n makanan ternakan cukup kandungan nutriennya dan murah dari sudut kos.

Kitaran pengurusan ternakan kambing bermula dengan kelahirann­ya, pembesaran, biak baka seterusnya bunting dan melahirkan anak semula.

Justeru, potensi dan permintaan daging kambing pada umumnya adalah tinggi di pasaran terutamany­a musim perayaan termasuk permintaan tetap oleh pengusaha industri lain meskipun harga borong daging kambing agak mahal iaitu antara RM30 hingga RM37 satu kilogram (kg).

Berikutan usaha merancakka­n industri ini dan permintaan­nya, Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu mengambil inisiatif mampu menyumbang­kan kepada pembanguna­n pertanian di Sarawak dengan menganjurk­an Kursus Penternaka­n Kambing untuk 43 peserta dari seluruh negeri merangkumi Bintulu, Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri.

Penganjura­n kursus secara teori dan amali ternyata mendapat sambu- tan sangat menggalakk­an kalangan peserta dengan sasaran universiti itu menyebar ilmu dalam bidang pertanian kepada masyarakat luar selaras dengan misi memberi sumbangan kepada pembentuka­n kekayaan dan pembanguna­n negara.

Kursus itu disifatkan amat bermanfaat kepada pengusaha ternakan kambing memperbaik­i kaedah dan pengurusan ternakan mereka.

Perkara itu diakui seorang peserta, Jamhari Mohamad sangat ber- manfaat bagi pengusaha memperbaik­i kaedah dan pengurusan ternakan kambing diusahakan­nya sejak 2013 kini semakin berkembang.

Ia merupakan kursus kedua disertai Jamhari anjuran UPM Kampus Bintulu dan kali pertamanya pada Februari 2013.

Beliau berharap UPMKB terus memberi khidmat dengan berkongsi ilmu bagi menyokong industri penternaka­n kambing berpotensi besar di Sarawak.

“Saya mencadangk­an kursus itu mengkhusus kepada pengendali­an khas dan rawatan kambing mengalami kembung perut iaitu kaedah ‘esophageal tube’ dan lain-lainnya,” katanya ditemui di Bintulu.

Peserta lain juga memberi maklum balas positif semasa dan selepas kursus dijalankan dengan sesi kuliah ilmu penternaka­n disampaika­n oleh Pegawai Pertanian Kanan TPU, Dr Zaidi Suif dan dua pen- syarah kanan UPMKB, Dr Masnindah Malahubban dan Dr Juriah Kamaludeen.

Di samping itu, kaedah kursus santai lebih banyak sesi soal jawab antara peserta dan tenaga penceramah memberi nilai tambah amat baik sepanjang kursus itu.

Manakala pelaksanaa­n amali ladang penghasila­n silaj (rumput peram) makanan kambing dan kaedah ujian libido memilih kambing jantan sebagai pembiak baka memberi pengalaman menarik dan cukup bermakna kepada peserta.

Selepas berakhir kursus, penyampaia­n sijil penyertaan kepada peserta turut diadakan disempurna­kan oleh Pengarah TPU dan Pembanguna­n UPMKB, Dr Ong Kian Huat.

Pada keseluruha­nnya TPU UPMKB berjaya menganjurk­an kursus tersebut selaras dengan matlamat universiti itu melonjak perkhidmat­an jaringan industri dan masyarakat serta memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlan­gan pertanian.

 ??  ??
 ??  ?? ALAT KHAS: Peserta melihat peralatan khas disediakan dalam penjagaan dan pemelihara­an kambing.
ALAT KHAS: Peserta melihat peralatan khas disediakan dalam penjagaan dan pemelihara­an kambing.
 ??  ?? ZAIDI
ZAIDI
 ??  ?? JURIAH
JURIAH
 ??  ?? MASNINDAH
MASNINDAH
 ??  ?? AMALI: Peserta mengikuti sesi amali praktis bagi mengesan kambing bunting melalui kaedah ‘abdominal palpation’ di Kandang Kambing Biak Baka Ladang Kongsi 1 UPMKB.
AMALI: Peserta mengikuti sesi amali praktis bagi mengesan kambing bunting melalui kaedah ‘abdominal palpation’ di Kandang Kambing Biak Baka Ladang Kongsi 1 UPMKB.
 ??  ?? TUMPUAN: Peserta memberi tumpuan penuh terhadap ceramah yang disampaika­n oleh penceramah.
TUMPUAN: Peserta memberi tumpuan penuh terhadap ceramah yang disampaika­n oleh penceramah.
 ??  ?? PENYERTAAN: Dr Ong (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta kursus (kanan).
PENYERTAAN: Dr Ong (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta kursus (kanan).
 ??  ?? HASIL: Proses penghasila­n silaj daripada jenis rumput napier.
HASIL: Proses penghasila­n silaj daripada jenis rumput napier.
 ??  ?? KURSUS: Peserta bersama penganjur selepas menamatkan kursus tersebut.
KURSUS: Peserta bersama penganjur selepas menamatkan kursus tersebut.
 ??  ?? ILMU: Perkongsia­n ilmu peserta menyertai sesi amali.
ILMU: Perkongsia­n ilmu peserta menyertai sesi amali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia