Utusan Borneo (Sarawak)

LONJAK KARIER KE PENTAS LEBIH TINGGI •

Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak landasan pemain kutip mata ranking dunia

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak akan terus menjadi landasan pemain-pemain tenis remaja dari luar negara mahu mengutip mata ranking dunia untuk melonjakka­n karier mereka ke peringkat lebih tinggi.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak ( SLTA), Datuk Patrick Liew berkata kejohanan yang dianjurkan sejak lebih 20 tahun itu tidak pernah gagal mencatatka­n penyertaan dari lebih 30 buah negara.

Katanya, kejohanan tersebut sangat penting bukan sahaja untuk pemain- pemain remaja mengutip mata ranking dunia malah memperbaik­i skil mereka masing-masing.

“Untuk bermain pada kejohanan Grand Slam Remaja, pemain-pemain mesti menduduki ranking 100 terbaik di dunia. Jika dapat bermain pada Grand Slam Remaja, baharulah mereka dapat bermain pada kejohanan profesiona­l seperti Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Patrcik berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden SLTA, Douglas Telajan, Setiausaha­nya, Bernard Chin dan Bendahari, Kho Siak Koi.

Beliau berkata, kebanyakan pemain bermain bermati-matian untuk memperbaik­i ranking mereka dan

Untuk bermain pada kejohanan Grand Slam Remaja, pemain-pemain mesti menduduki ranking 100 terbaik di dunia. Jika dapat bermain pada Grand Slam Remaja, baharulah mereka dapat bermain pada kejohanan profesiona­l seperti Terbuka sebagainya. ” Australia, Terbuka Amerika Syarikat dan Datuk Patrick Liew Presiden SLTA

jika dapat menyertai kejohanan Grand Slam di situlah peluang mereka memperoleh­i banyak wang.

“Untuk menjadi pemain profesiona­l, kebanyakan pemain- pemain remaja melabur besar di mana persatuan dan ibu bapa menghantar anak- anak mereka bermain seberapa banyak mungkin di negara-negara luar termasuk pada kejohanan di sini meskipun tidak menawarkan hadiah wang tunai,” jelasnya.

Menurutnya, SLTA selaku penganjur sering menerima maklum balas positif daripada peserta luar negara sepanjang penganjura­n ke- johanan tersebut.

Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) bakal berlangsun­g dari 16 hingga 21 Oktober ini di Gelanggang Tenis SLTA melibatkan penyertaan seramai 48 pemain lelaki dan 47 wanita berusia 13 hingga 18 tahun mewakili 20 negara.

Negara terbabit ialah Australia ( 10), China ( lima), Denmark ( lima), Great Britain (satu), Hong Kong (dua), India (tujuh), Indonesia (empat), Jepun (empat), Korea (satu) dan tuan rumah, Malaysia (26).

Sementara itu, Filipina (satu), Poland (satu), Rusia (dua), Singapura (dua), Sweden (enam), Switzerlan­d (satu), Taiwan (14), Thailand (satu), Ukraine (satu) dan Zimbabwe (satu).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TROFI REBUTAN: Abang Johari menyerahka­n trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain pada kunjungan hormat SLTA di Pejabat Ketua Menteri di Kuching semalam.
TROFI REBUTAN: Abang Johari menyerahka­n trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain pada kunjungan hormat SLTA di Pejabat Ketua Menteri di Kuching semalam.
 ??  ?? KATA-KATA SEMANGAT: Mohd Nidzar (empat kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemainpema­innya sebelum perlawanan menentang KSK Satok, Ahad lalu.
KATA-KATA SEMANGAT: Mohd Nidzar (empat kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemainpema­innya sebelum perlawanan menentang KSK Satok, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia