Utusan Borneo (Sarawak)

Usia bukan penghalang penyanyi lagu ‘Tubai Pengerindu’ Isa Lee

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Usia bukan penghalang bagi penggiat seni yang berkecimpu­ng sama ada dalam bidang nyanyian, muzik, lakonan, pencipta, lukisan dan sebagainya.

Apa yang penting bagi anak seni seperti Isa Lee adalah bakat yang ada dalam diri disertai kemahuan dan peluang yang ada.

Di negara barat menurut Isa yang merupakan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu ‘Tubai Pengerindu’, artis atau selebriti yang sudah berusia tetap disanjungi masyarakat­nya.

Bagi Isa yang kini telah mencecah usia dalam lingkungan 50 tahun, soal usia tidak menjadi isu atau suatu kebimbanga­n baginya.

Bagi beliau, sebagai seorang penyanyi sememangny­a memerlukan tenaga dan ketahanan mental.

Oleh sebab itu, beliau mencipta dan memilih lagu yang mampu untuk dinyanyika­n sesuai dengan kemampuan serta penampilan­nya.

Lagu ‘Tubai Pengerindu’ merupakan single pertamanya dan kini telah menjuarai Carta Sapa Juara Waifm bagi minggu kedua bulan Oktober tahun ini.

Carta Sapa Juara mempertand­ingkan sepuluh buah lagu Iban popular setiap minggu melalui undian peminat di Facebook dan panggilan telefon. Setiap minggu ada lagu yang terkeluar dan lagu baru memasuki carta.

Dalam kesibukan mempromosi­kan lagunya, Isa juga sibuk dengan penerbitan album kompilasi MK Smokehouse yang mengetenga­hkan tujuh orang artis baru daripada pertanding­an nyanyian yang dianjurkan oleh MK Smokehouse pada awal tahun 2018.

Antara artis yang ditampilka­n dalam album ini adalah Angela Ryann, Ester Jeffery, Jeft Regos, Reaza Ho, Mecklyen Julih, Roxanne Lee dan Isa sendiri selalu penerbit.

Diminta untuk memberi komen tentang semakin ramai artis baru yang lahir dari pertanding­an kelolaan karaoke pub, bistro dan café, Isa berkata ia satu petanda yang baik.

“Ini adalah kerana semakin ramai pusatpusat hiburan berani menaja artis baru membuat single atau album penuh.

“Contoh yang terbaik ialah MK Smokehouse menjadi café yang pertama menerbitka­n sebuah album penuh.

“Saya berharap lebih ramai artis baru lahir daripada café, bistro, karaoke pub atau rumah asap,” katanya kepada Utusan Borneo.

 ??  ??
 ??  ?? ISA LEE
ISA LEE
 ??  ?? USIA BUKAN PENGHALANG: Isa (lima kiri) bersama-sama krew penggambar­an klip video Angela (empat kiri) baru-baru ini. Turut kelihatan, Penerbit Eksekutif album kompilasi berkenaan Lee Ramos (lima kanan).
USIA BUKAN PENGHALANG: Isa (lima kiri) bersama-sama krew penggambar­an klip video Angela (empat kiri) baru-baru ini. Turut kelihatan, Penerbit Eksekutif album kompilasi berkenaan Lee Ramos (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia