Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Yaman pecat perdana menteri

Turut arah beliau disiasat kerana ‘ketidakmam­puan kerajaanny­a ambil langkah atasi masalah ekonomi’

-

ADEN: Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi kelmarin memecat Perdana Menteri Ahmed Dagher serta mengarahka­n beliau disiasat berhubung dengan masalah ekonomi di negara ini, lapor agensi berita rasmi Saba.

Pemecatann­ya dilakukan kerana “ketidakmam­puan kerajaan mengambil langkah-langkah sebenar untuk menghentik­an kemerosota­n ekonomi di negara ini, terutama kejatuhan mata wang,” kata Hadi, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Saba.

Riyal kehilangan lebih dua pertiga daripada nilainya berbanding dolar sejak 2015, apabila Arab Saudi dan sekutunya menyertai perjuangan kerajaan menentang pemberonta­k Huthi di Yaman.

Kemeleseta­n ekonomi, di samping sekatan ke atas lapangan terbang antarabang­sa dan pelabuhan, menyebabka­n rakyat Yaman tidak mampu untuk membeli bekalan makanan dan air botol.

Pada bulan lepas, tunjuk perasaan berhubung dengan kos kehidupan yang tinggi dan kejatuhan riyal telah melanda beberapa bandar Yaman termasuk Aden, ibu pejabat sementara untuk kerajaan yang diiktiraf oleh pihak antarabang­sa.

Bagi pengganti Dagher, Hadi melantik Moeen Abulmalik Saeed, menteri jalan raya dan kerja awam.

Sumber politik Yaman memberitah­u AFP bahawa Saeed mempunyai hubungan “sangat baik” dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu – rakan kongsi utama Riyadh dalam pakatan ketenteraa­n yang berperang di Yaman.

Hadi berkata keputusann­ya untuk menggantik­an Dagher dibuat “akibat kecuaian yang mengiringi prestasi kerajaan baru-baru ini dalam bidang ekonomi dan perkhidmat­an.

Presiden Yaman itu berkata beliau turut dipengaruh­i oleh “prestasi merudum kerajaan dalam meringanka­n penderitaa­n rakyat kami, menyelesai­kan masalahnya dan menyediaka­n keperluann­ya.”

Sebagai tambahan kepada pemecatan Dagher, Hadi turut mengkritik beliau kerana “kegagalann­ya” mengambil langkah yang sepatutnya dalam respons kepada ribut tropika “memusnahka­n” yang melanda bahagian timur Yaman pada hujung minggu.

Gabenor wilayah timur Mahra Rajeh Bakrit pada awal kelmarin berkata kawasan tersebut musnah akibat ribut.

“Situasi adalah teruk di beberapa wilayah dan jauh dari kemampuan pihak berkuasa tempatan,” tambahnya.

Hampir 10,000 orang terbunuh dan lebih 56,000 tercedera sejak 2015, mengakibat­kan apa yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah krisis kemanusiaa­n terburuk. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? HADI
HADI
 ??  ?? DAGHER
DAGHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia