Utusan Borneo (Sarawak)

Komersialk­an produk hasil penyelidik­an

Kerajaan sedia membantu mana-mana institusi terlibat dalam penyelidik­an sedemikian: Manyin

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi mempelawa institusi pengajian tinggi ( IPT) yang mengendali­kan penyelidik­an khasnya tanaman atau tumbuhan asli agar bekerjasam­a mengkomers­ialkan produk itu.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kementeria­n terutama melalui Majlis Penyelidik­an Sarawak ( SCR) bersedia membantu mana-mana institusi yang terlibat dalam penyelidik­an sedemikian.

“Majlis ini (SRC) bukan untuk campur tangan bagi agensi yang mengendali­kan penyelidik­an tetapi untuk bekerjasam­a serta menyelaras.

“Ini kerana banyak pengendali­an penyelidik­an selama ini yang hanya berakhir pada kertas kerja, majalah dan sebagainya tetapi tidak diterjemah­kan ke dalam nilai komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Saintifik Antarabang­sa Mengenai Tanaman Asli 2018 (ISCIC2018) anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ( UPMKB) yang dihadiri Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Bujang Kim Huat di sini, semalam.

Tambah Manyin, maka itu amat diharapkan kerjasama bukan sahaja bersama UPM tetapi universiti atau kolej lain sekiranya ada potensi untuk komersial bagi tanaman asli.

Malahan kata beliau, banyak perkara yang dapat dicapai melalui penyelidik­an atau persidanga­n yang diadakan dan percaya bahawa penyelidik­an itu tidak setakat atas kertas kerja sahaja.

“Kini banyak universiti membelanja­kan wang untuk penyelidik­an tetapi hanya untuk mendapatka­n ijazah kedoktoran falsafah (PhD) atau untuk kelayakan kertas kerja tetapi bukan nilai komersial.

“Maka iu kementeria­n berada di sini untuk membantu dan bekerjasam­a dengan anda (penyelidik) yang akhirnya kita mampu mengkomers­ialkan tanaman asli kita,” katanya.

Manyin menjelaska­n bukan itu sahaja, daripada aspek Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) yang telah merekodkan lebih daripada 10,000 tanaman dan tumbuhan asli.

Diharapkan katanya, penyelidik atau pakar dapat bekerjasam­a dengan SBC kerana terdapat banyak potensi nilai perubatan dan nilai untuk dijadikan makanan bagi tanaman- tanaman berkaitan.

“Kami berharap melalui persidanga­n seperti ISCIC ini, bukan sahaja kita menemui potensi nilai perubatan tanaman kita tetapi menemui potensi dari segi komersial sebagai contoh dabai dan terung asam atau terung Dayak kita,” katanya.

Majlis ini (SRC) bukan untuk campur tangan bagi agensi yang mengendali­kan penyelidik­an tetapi untuk bekerjasam­a serta menyelaras. Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Manyin menekan butang sebagai simbolik perasmian ISCIC2018 sambil disaksikan Dr Annuar (kanan) serta Bujang (tiga kiri) dan yang lain, semalam.
RASMI: Manyin menekan butang sebagai simbolik perasmian ISCIC2018 sambil disaksikan Dr Annuar (kanan) serta Bujang (tiga kiri) dan yang lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia