Utusan Borneo (Sarawak)

DSP DIBENARKAN BEBAS DENGAN IKAT JAMIN SPRM

-

SIBU: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superinten­den (DSP) dibenarkan bebas dengan ikat jamin Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad membenarka­n demikian selepas tempoh tahanan reman selama empat hari terhadap suspek, 42, berakhir semalam.

Sebelum ini, suspek ditahan SPRM selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM40,000 daripada pemilik premis nombor ekor tidak berlesen di sebuah restoran di Jalan Wong King Huo, kira-kira jam 9.15 malam pada 11 Oktober lepas.

Suapan itu sebagai dorongan agar tindakan tidak dikenakan ke atas sebuah premis nombor ekor tidak berlesen di daerah tempat suspek bertugas.

Suspek yang diwakili peguam Darren Ling, ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Suspek kemungkina­n akan didakwa di mahkamah bergantung kepada siasatan yang masih djalankan pihak SPRM.

Berikutan penahanan suspek itu, pihak SPRM turut menahan seorang inspektor wanita selepas memberi keterangan berhubung kes yang sama di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Inspektor wanita berusia 38 tahun itu yang pernah bertugas bersama-sama suspek di Sarawak, ditahan kerana disyaki bersubahat.

Difahamkan suspek telah meminta pemilik kedai nombor ekor haram memasukkan wang ke dalam akaun inspektor wanita itu sebelum wanita itu kemudianny­a memasukkan semula wang tersebut ke dalam akaun milik suspek.

 ??  ?? BEBAS DENGAN JAMINAN: Suspek keluar dari Mahkamah Majistret, semalam.
BEBAS DENGAN JAMINAN: Suspek keluar dari Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia