Utusan Borneo (Sarawak)

RATAPAN MENYAYAT HATI

Dua kanak-kanak Penan maut selepas dirempuh trak pikap dalam nahas di Jalan Bakong-Lapok, Baram.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Suasana pilu menyelubun­gi kawasan kemalangan maut yang meragut nyawa dua kanakkanak perempuan bersaudara kaum Penan di Jalan BakongLapo­k, Baram pada jam 10.35 pagi semalam.

Ahli keluarga kedua-dua mangsa yang tinggal di kawasan berhampira­n bergegas ke lokasi setelah dimaklumka­n mengenai tragedi terbabit yang berlaku tidak jauh dari sebuah sekolah rendah di pekan Lapok.

Mereka meratapi Carin Tigan, 10, dan anak saudaranya, Monica Ubong, 3, kedua-duanya berasal dari Long Lutin, Baram, yang dirempuh sebuah trak pikap dipandu seorang pemuda berusia 28 tahun yang datang dari arah Bakong menuju ke pekan Lapok.

Ketua Trafik Daerah Marudi Inspektor G. Visvanatha­n ketika mengesahka­n kes berkenaan memberitah­u, kanak-kanak perempuan itu bukan pelajar di sekolah rendah tersebut dan kedua-duanya sedang melintas jalan apabila dirempuh pikap terbabit.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dalaman.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Klinik Beluru dan disahkan meninggal dunia akibat cedera parah oleh pegawai perubatan di situ sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, pemandu pikap tersebut yang berasal dari Long Panai, Tutoh, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PILU: Ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian tidak dapat menahan perasaan meratapi kedua-dua mangsa.
PILU: Ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian tidak dapat menahan perasaan meratapi kedua-dua mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia