Utusan Borneo (Sarawak)

PESARA MANGSA TERBAHARU ‘MACAU SCAM,’ RM300,000 LESAP

-

KUCHING: Seorang pesara kerajaan menjadi mangsa terbaharu ‘Macau Scam’ apabila membuat laporan polis mendakwa ditipu sehingga RM300,000 kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani berkata, wanita berusia 65 tahun terbabit yang berasal dari daerah Padawan memberitah­u, dia diperdaya sejak 27 September lalu selepas menerima satu panggilan daripada suspek yang mendakwa dari Mahkamah Kuala Terengganu.

Menurutnya, suspek memaklumka­n mangsa bahawa dia telah meminjam wang RM50,000 dari sebuah bank dan sekiranya gagal membuat bayaran balik, maka namanya akan disenarai hitam.

“Mangsa bagaimanap­un memberitah­u dia tidak dapat ke Kuala Terengganu untuk menjelaska­n hutang tersebut dan seterusnya (panggilann­ya) disambungk­an kepada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri seorang anggota polis yang kononnya menyiasat kes melibatkan mangsa.

“Selepas soal siasat dijalankan ke atas mangsa melalui panggilan telefon, mangsa kemudian diberitahu bahawa dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan akaun banknya juga telah digunakan untuk tujuan jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Mustafa berkata, mangsa yang ketakutan kemudian diarahkan suspek untuk mengguna nombor telefon lain bagi tujuan siasatan polis. “Susulan itu, mangsa turut diarahkan membuka satu akaun bank baharu dan seterusnya memindahka­n kesemua wang simpananny­a berjumlah RM304,956 ke dalam akaun tersebut sebelum memberikan semua butiran termasuk mendaftark­an nombor telefon bimbit suspek untuk tujuan perbankan dalam talian,” katanya. Mangsa bagaimanap­un tidak mengesyaki apa-apa sehinggala­h dia memeriksa wang dalam akaun bank tersebut pada 15 Oktober lepas.

“Semasa semakan dibuat, mangsa mendapati baki wang di dalam akaunnya hanya tinggal RM77.57 dan terus membuat laporan polis selepas mengesyaki dirinya ditipu,” kata Mustafa sambil menambah, ia merupakan kes melibatkan kerugian kelima terbesar tahun ini.

Sementara itu katanya, keseluruha­nnya terdapat lapan laporan polis berhubung ‘Macau Scam’ dan dua laporan ‘Parcel Scam’ dibuat kelmarin, di mana tiga daripada mangsa berjaya ditipu.

“Dua kes ‘Parcel Scam’ yang melibatkan kerugian dilaporkan berlaku di Mukah iaitu membabitka­n seorang guru yang mencatatka­n kerugian RM3,800 dan seorang remaja perempuan dengan kerugian RM650,” katanya.

Mustafa turut meminta supaya masyarakat sentiasa berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang mungkin daripada ahli sindiket penipuan.

“Jika seseorang yang menghubung­i mendakwa diri anggota polis, sila dapatkan pengesahan daripada manamana balai polis berhampira­n dan jika ada yang menghubung­i mendakwa daripada pihak bank, maka sila berhubung terus dengan bank-bank yang dimaksudka­n.

“Jarang ada urusan penting hanya dijalankan melalui panggilan telefon,” tegasnya.

 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia