Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni Rumah Unsa Bakar bimbang dengan tanah runtuh

-

LUBOK ANTU: Seramai 100 penghuni Rumah Unsa Bakar, Lemanak dekat sini semakin bimbang dengan kejadian tanah runtuh di hadapan kediaman mereka yang mula dikesan awal pagi Ahad lalu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry Jugah berkata, pihaknya dimaklumka­n tentang kejadian itu pada hari yang sama.

“Kami menerima laporan lanjut berhubung kejadian sekitar jam 2.18 petang semalam (Isnin) dan pemantauan ke lokasi terus dijalankan bersama anggota.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat runtuhan tanah di bahagian hadapan rumah anggaran sedalam empat kaki dan 100 kaki panjang dan jarak dari hadapan rumah hanya 10 kaki.

“Terdapat rekahan pada dinding ruai rumah panjang dari bilik bernombor tiga hingga enam.

“Manakala, pada bahagian belakang rumah bernombor 10 dan nombor 11 juga ditimpa hakisan bukit,” katanya ketika mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang menjejaska­n rumah panjang 24 pintu itu kelmarin.

Henry turut meminta penduduk rumah panjang menutup tanah tersebut dengan kanvas dan minta JKR Bahagian Sri Aman mengambil tindakan selanjutny­a.

Beliau juga meminta tuai rumah menghubung­i BBP Betong sekiranya berlaku runtuhan berterusan.

Kejadian dikatakan berlaku disebabkan hujan lebat berterusan melanda kawasan terbabit bermula sekitar jam 8 malam Sabtu sehingga awal pagi Ahad.

 ??  ?? PANTAU: Henry memeriksa keadaan hakisan tanah yang merisaukan penduduk Rumah Unsa Bakar, Lemanak dekat Lubok Antu kelmarin.
PANTAU: Henry memeriksa keadaan hakisan tanah yang merisaukan penduduk Rumah Unsa Bakar, Lemanak dekat Lubok Antu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia