Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki miliki dadah didenda RM4,500

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,500 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Mohamad Adzahar Hamzah, 33, telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa sah di bawah ADB 1952, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine se- berat 3.99 gram (berat bersih).

Methamphet­aminemerup­akan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.40 pagi, 6 April tahun ini di sebuah pondok bersebelah­an sebuah rumah di Lorong 3C Kampung Piasau Utara di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh diwakili peguam bela Shikh Rajjish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia