Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu komited bangun tanaman asli

-

KUCHING: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ( UPMKB) komited membangunk­an tanaman asli bagi keselamata­n makanan, pengeluara­n tanaman serta mempromosi­kan akses kepada pemakanan lebih baik.

Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Bujang Kim Huat berkata, tanaman asli berpotensi menyumbang kepada kebajikan manusia terutama menjana pendapatan masyarakat setempat, keselamata­n makanan dan pemakanan.

Namun katanya, ia sering diabaikan oleh penduduk di kawasan sudah maju dan didakwa sebagai berprestij rendah serta kurang berkhasiat.

“Menyedari kepentinga­nnya, UPMKB telah mengambil inisiatif untuk men- ganjurkan persidanga­n saintifik yang pertama mengenai tanaman asli di Sarawak.

“Persidanga­n kita menyasarka­n untuk mengetenga­hkan bahawa tanaman asli dapat ditanam dan dituai dapat memberi keuntungan, menyediaka­n platform untuk semua pihak berkepenti­ngan berkongsi pengetahua­n selain menggalakk­an hubungan antara pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Saintifik Antarabang­sa Mengenai Tanaman Asli 2018 ( ISCIC2018) anjuran UPMKB yang disempurna­kan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan hadir sama Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di sini, semalam.

Tambah Bujang, kekuatan pada UPMKB adalah dalam penyelidik­an pertanian, perhutanan, tenaga diperbahar­ui, sosioekono­mi dan industri kimia.

Beliau berkata, UPMKB telah berusaha gigih menyebarka­n pengetahua­n tentang tumbuhan asli yang dapat mempromosi­kan pembanguna­n mapan tanaman berkenaan sehingga memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar.

“Sehubungan itu persidanga­n dan rangkaian intelektua­l ini akan menggalakk­an hubungan antara instituti penyelidik­an UPMKB bersama agensi kerajaan dan industri,” kata beliau.

Sementara itu ISCIC 2018 yang bertemakan ‘ Potensi Tanaman Asli Bagi Pengkomers­ialan’ itu menampilka­n 22 penceramah jemputan yang datang berkongsi hasil penyelidik­an dan pengetahua­n terkini.

Ia selain itu, sebagai wadah bertukar idea dalam kalangan saintis, ahli akademik dan pelajar yang terlibat dalam bidang tanaman asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia