Utusan Borneo (Sarawak)

Larry nafi PKR Sarawak berpecah

-

KUCHING: Dakwaan wujud ketidakseh­aluan di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak bukan lagi satu rahsia.

PKR, menurut satu sumber dalaman, kini berpecah kepada dua kem-kem Baru Bian dan kem Larry Sng.

Baru merupakan pengerusi PKR Sarawak yang juga Menteri Kerja Raya serta Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan.

Larry menyertai PKR tidak lama selepas memenangi kerusi Parlimen Julau menggunaka­n tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada pemilihan parti berkenaan, Larry bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Julau dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Bagi Sarawak, pemilihan akan dilakukan pada November depan.

Larry ketika dihubungi menafikan wujud perpecahan dalam kalangan PKR Sarawak.

Isu yang dipersoalk­an beliau baru-baru ini jelasnya bukan bersifat peribadi.

“Isu yang dibangkitk­an seharusnya dilihat daripada perspektif kepentinga­n parti dan negara.

“Ia menggambar­kan kematangan demokrasi. Selesaikan isu dan jangan menjadikan­nya sebagai urusan peribadi,” ujarnya.

Isu terbaharu diketengah­kan Larry menerusi Facebookny­a berhubung dakwaan salah laku setiausaha politik Baru yang didakwa menawarkan kontrak RM20,000 dan peruntukan RM300,000 pada 1 September sebagai balasan mendapatka­n jawatan dalam pemilihan parti.

Larry mendesak agar Baru memecat setiausaha­nya.

Ia mendapat jawapan balas daripada Setiausaha PKR Sarawak Nicholas Bawin.

“Ia kelihatan seolah-olah Larry tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan beliau mahu semua orang mengetahui­nya,” Nicholas dipetik menerusi laporan Utusan Borneo sebelum ini.

Semasa lawatan Ketua Umum PKR ke Sarawak pada 8 September, terdapat dua majlis diadakan.

Majlis minum petang bersama ahli parti di Kuching dikendalik­an Larry manakala majlis makan malam PKR di Sibu anjuran pihak lain dalam parti yang turut dihadiri Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia