Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium Tertutup Limbang dinaik taraf demi keselesaan rakyat

-

LIMBANG: Beberapa kemudahan dan prasarana sukan di Stadium Tertutup Limbang yang kini sudah uzur dan rosak akan dinaik taraf bagi memudahkan rakyat menjalanka­n program kesukanan secara berterusan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi tujuan itu RM70,000 diperlukan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (MTACYS) Negeri bagi membaik pulih lantai gelanggang yang sudah rosak sejak lebih lima tahun lalu.

Pada masa sama katanya, bumbung Stadium Tertutup yang bocor akan diperbaiki dengan kos RM15,000.

“Kita akan berusaha memperbaik­i lantai gelanggang dan bumbung yang bocor di Stadium Tertutup dengan memohon peruntukan daripada MTACYS untuk cuba dilaksanak­an tahun ini,” katanya kepada media pada lawatan kerja ke Stadium Tertutup Limbang semalam.

Turut sama ialah Penolong Setiausaha Bahagian Pembanguna­n MTACYS Negeri Molina Luhum, Pegawai Penguasa Pejabat MTACYS Bahagian Limbang Latipah Yusop, Pegawai Penguasa Majlis Sukan Negeri Bahagian Limbang Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali dan pegawai kerajaan lain.

Sementara itu, ADUN Bukit Kota itu menambah lagi, bagi permohonan untuk menaik taraf kemudahan bilik air dan tandas dengan kos RM30,000 dijangka akan dilaksanak­an bermula tahun depan.

“Kita juga meminta pihak MTACYS untuk menambah baik kawasan luar Stadium Tertutup Limbang termasuk kemudahan kawasan letak kereta dengan kos bernilai RM100,000 serta memperbaik­i pam enjin bernilai RM80,000 pada tahun depan,” ujarnya lagi.

Jelasnya, Stadium Tertutup Limbang juga memerlukan kemudahan gelanggang memanah dan gelanggang tinju Muay Thai yang perlu diberi perhatian pihak MTACYS.

Katanya, penambahba­ikan kemudahan di Stadium Tertutup Limbang perlu dilakukan segera kerana ia berperanan sebagai pusat untuk penganjura­n sekurang- kurangnya enam jenis sukan utama di Limbang.

“Stadium Tertutup satu kemudahan sukan yang penting untuk rakyat dalam mengasah bakat dan potensi dalam sukan, kesihatan dan mengukuhka­n perpaduan,”ujarnya.

 ??  ?? NAIK TARAF: Dr Abdul Rahman (enam kiri), Molina, Latipah, Ajis (dua kanan) bersama pegawai kerajaan lain melihat sendiri lantai gelanggang yang sudah rosak dan bertampal di Stadium Tertutup semalam.
NAIK TARAF: Dr Abdul Rahman (enam kiri), Molina, Latipah, Ajis (dua kanan) bersama pegawai kerajaan lain melihat sendiri lantai gelanggang yang sudah rosak dan bertampal di Stadium Tertutup semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia