Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: PBB mahu kerajaan tumpu pendidikan sekolah, pusat latihan belia, projek infrastruk­tur luar bandar

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu kerajaan memberi lebih tumpuan dalam Bajet 2019 terhadap program pendidikan sekolah dan pusat latihan belia di Sarawak selain projek pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar.

Timbalan Ketuanya Fazzrudin Abdul Rahman dalam menyuaraka­n keperluan belia di Bumi Kenyalang berkata pada masa yang sama, penekanan lebih harus diberikan kepada program pembanguna­n pendidikan teknikal.

“Ia haruslah menyeluruh termasuk panduan dan nasihat kepada lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk menceburi bidang perniagaan khususnya dalam bidang teknikal.

“Contohnya konsep inkubator boleh diwujudkan dengan menyediaka­n peralatan-peralatan yang dapat digunakan belia untuk menjana pendapatan khasnya memandangk­an mereka sukar membeli peralatan itu di peringkat permulaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Ia haruslah menyeluruh termasuk panduan dan nasihat kepada lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk menceburi bidang perniagaan khususnya dalam bidang teknikal.

Tegasnya program yang berhubung kait dengan pelbagai agensi yang berlainan juga harus dikawal selia oleh sebuah jawatankua­sa atau diketuai mana-mana agensi agar penyelaras­an dalam penggunaan dana dapat dioptimumk­an.

“Saya juga mengharapk­an penyelaras­an dan hubungan antara agensi-agensi dapat dimantapka­n lagi agar tidak berlaku pertindiha­n,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong itu lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) berharap kerajaan dapat mem- beri perhatian kepada soal ekonomi golongan belia di Sarawak dengan pemberian dana bantuan keusahawan­an dalam bajet itu nanti.

Presidenny­a Alexander Frederick Diglin berkata, golongan ini sememangny­a memerlukan bantuan bukan sahaja untuk memajukan perniagaan mereka, tetapi juga untuk menanggung kos sara hidup.

“Kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme supaya sekiranya peruntukan yang ada dapat dibahagika­n dengan adil dan menyeluruh, agar mereka yang benar- benar memerlukan akan mendapat manfaat,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an dana khas untuk sukarelawa­n belia bagi membolehka­n mereka menyebarka­n maklumat kepada para belia di Sabah dan Sarawak yang mempunyai akses terhad kepada sumber itu.

Alexander juga menyaranka­n agar kerajaan mempertimb­angkan pelepasan cukai untuk sebarang aktiviti berkaitan belia.

Bajet 2019 akan dibentang Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November depan. — Bernama

Fazzrudin Abdul Rahman Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda PBB

 ??  ?? TAHLIL: Pengiran Jawa (dua kiri), Awangku Jinal (enam kiri) membaca Surah Yasin pada majlis tahlil Allahyarha­mah Pengiran Maimunah Pengiran Suhaili di Trusan, Lawas.
TAHLIL: Pengiran Jawa (dua kiri), Awangku Jinal (enam kiri) membaca Surah Yasin pada majlis tahlil Allahyarha­mah Pengiran Maimunah Pengiran Suhaili di Trusan, Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia