Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis tahlil arwah ibu Awangku Omar di Kampung Menengah, Trusan

-

LAWAS: Majlis tahlil arwah ibu kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri Awangku Omar Pengiran Jawa dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa diadakan di Kampung Menengah, Trusan di sini.

Allahyarha­mah Pengiran Maimunah Pengiran Suhaili, 84, telah menghembus­kan nafas terakhir di kediaman mereka di Trusan pada pagi Jumaat lalu.

Jenazah selamat disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Trusan selepas solat Jumaat diikuti solat jenazah dihadiri sanak-saudara dan sahabat-handai.

Allahyarha­mah adalah isteri kepada Pengiran Jawa Pengiran Hamzah, 94, yang juga merupakan salah seorang tokoh utama dalam menubuhkan PBB di daerah Lawas.

Majlis tahlil diketuai Pe- ngetua Pusat Latihan Islam JAKIM Lawas Sheikh Hedzrei Adam Saberi.

Semua rakan media dan sahabat keluarga besar di Lawas turut bersimpati dan mengucapka­n takziah pemergian Allahyarha­mah yang memiliki sifat keibuan bagi semua yang mengenalin­ya. MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan mengadakan konvensyen peringkat negeri pada 4 November depan di Kuching.

Setiausaha DAP Sarawak Senator Alan Ling berkata, ia merupakan perhimpuna­n parti itu yang pertama kali diadakan selepas parti itu bersama kerajaan Pakatan Harapan ( PH) memegang tampuk pemerintah­an negara ini pada 9 Mei lalu.

Alan memberitah­u, tema konvensyen tahun ini berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dua tahun lagi, termasuk perancanga­n dan rangka kerja mengenainy­a.

“Kami akan mendedahka­n tema konvensyen ini apabila tarikhnya semakin hampir kelak,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, se- malam mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut Alan berkata, pihaknya menjangkak­an sambutan amat menggalakk­an terhadap konvensyen berkenaan memandangk­an ahli parti hingga ke peringkat agar umbi menunjukka­n semangat berkobar-kobar mahu berjuang, untuk sama-sama menyumbang kepada perubahan selepas kemenangan yang diperolehi PH di peringkat pusat.

“Ini adalah impian kita sejak sekian lama, menyimpan cita- cita dan hasrat mahu melaksanak­an polisi yang lebih baik bagi Sarawak dan PH Sarawak akan mampu membawa perubahan tersebut, ia mampu mengubah keputusan (kemenangan untuk PH) pada PRN kelak.

“Kita maklum Sarawak amat memerlukan kerajaan negeri yang baharu dengan segera untuk pengurusan pentadbira­n dan sumber yang lebih telus, adil dan sama rata.

“Salah satu contoh keikhlasan PH adalah persepakat­an yang pantas bagi mencadangk­an agar Artikel 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n, untuk memulihkan status sah Sabah dan Sarawak yang membuka jalan ke arah mengembali­kan hak-hak autonomi kepada kedua-dua negeri ini,” tambahnya.

Menurut Alan, konvensyen tersebut kelak dijangka dirasmikan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada jam 10 pagi, 4 November di Crown Square yang bakal menyaksika­n pemilihan kepimpinan baharu DAP Sarawak, dengan 100 perwakilan dari pelbagai cawangan di seluruh negeri.

 ??  ?? PRIHATIN: Ahli PBSM daripada kalangan pelajar membantu seorang warga emas berjalan di Home of Peace di Kuching baru-baru ini.
PRIHATIN: Ahli PBSM daripada kalangan pelajar membantu seorang warga emas berjalan di Home of Peace di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia