Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasika­n inovasi untuk hasil produk komersial dan diiktiraf

-

BETONG: Penghasila­n produk yang berdaya komersial dan diiktiraf dapat mewujudkan pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatk­an demi keperluan industri negara.

Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Ishak Mohamad berkata, inovasi yang diaplikasi­kan boleh menjadi produk yang dapat dimajukan untuk keperluan industri dan kebaikan kepada masyarakat.

“Saya mengharapk­an produk yang dipertandi­ngkan pada Betong Innovation Festival 2018 (BIF’18) boleh dimajukan serta diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia( MyIPO) untuk mendapat hak cipta sebagai hasil ciptaan yang diusahakan peserta.

“Selain itu, ia sebagai wadah permulaan kepada semua institusi di Borneo khasnya dan Malaysia amnya untuk menghasilk­an produk inovasi yang diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan BIF’18 anjuran Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, kelmarin.

Tambahnya, program yang menyaksika­n 85 penyertaan melibatkan 11 institusi dari Sarawak dan Sabah itu berjaya menyamai program inovasi di peringkat antarabang­sa.

“Pada masa yang sama, kita mengharapk­an pihak MyIPO dapat mengiktira­f kejayaan produk yang dihasilkan in- stitusi kita di sini.

“Sayangnya penyertaan Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah untuk bersama di sini terpaksa dilupakan kerana tidak melepasi kebenaran pihak lapangan terbang untuk membawa bahan inovasi mereka,” ujarnya.

Penyertaan program peringkat Borneo dan kali kedua dianjurkan PMBS ini turut disertai pelbagai institusi termasuk Politeknik, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Pusat Latihan, Maktab Rendah Sains MARA dan sekolah menengah di Sabah dan Sarawak.

Pertanding­an melibatkan lapan kategori yang merangkumi kategori 1 Pembinaan dan Bahan/Mesin/Peralatan, Kategori 2 ICT dan Multimedia, Kategori 3 Elektrik, Elektronik dan Telekomuni­kasi, Kategori 4 Perkhidmat­an dan Pemasaran Produk, Kategori 5 Makanan dan Minuman, Kategori 6 Produk Hijau/Pertanian/Alam Sekitar/ Tenaga Diperbahar­ui, Kategori 7 Kepelbagai­an Budaya dan Kategori 8 ‘Visitor Interpreta­tion Service’.

Hadir sama Timbalan Pengarah PMBS Mohd Zamre Abdul Rahman, Ketua Jabatan Akademik PMBS, Jamilah Hussain, Pengarah MyIPO Vincent dan ketua- ketua jabatan.

 ??  ?? DENGAR PENERANGAN: Dr Ishak melawat tapak pameran untuk melihat bahan inovasi yang dipertandi­ngkan.
DENGAR PENERANGAN: Dr Ishak melawat tapak pameran untuk melihat bahan inovasi yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia