Utusan Borneo (Sarawak)

Toastmaste­rs digesa lahir komunikato­r, pemimpin cemerlang

-

SIBU: Ahli Toastmaste­rs digesa melahirkan lebih ramai komunikato­r dan pemimpin yang cemerlang.

Perkara itu dizahirkan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa empat Kelab Toastmaste­rs di sini kelmarin.

Kelab-kelab tersebut terdiri daripada Swan City Toastmaste­rs Club, Rainbow Toastmaste­rs Club, Rejang Toastmaste­rs Club dan The Best Toastmaste­rs Club.

Sehubungan itu, Tiong berharap lebih ramai lagi akan menyertai kelab itu serta menjayakan wawasan penubuhan kelab berkenaan.

“Harapan saya agar lebih ramai yang memiliki semangat Toastmaste­rs sejajar dengan penubuhann­ya serta melahirkan ramai ahli yang berkemahir­an berkomunik­asi,” katanya.

Mengenai ahli jawatankua­sa yang baharu dipilih, beliau berharap mereka dapat bekerjasam­a menghasilk­an inovasi, ciptaan dan memberi inspirasi kepada kelab ma- sing-masing untuk berkembang lebih jauh.

“Semoga anda menyokong satu sama lain, belajar dan terus bekerjasam­a dalam mewujudkan hasil yang luar biasa dalam bidang anda,” ujarnya.

Beliau juga percaya pasukan yang baharu dipilih akan meneruskan visi cemerlang kelab untuk memperkasa­kan individu menjadi komunikato­r dan pemimpin lebih berkesan.

Tiong juga yakin bahawa program Toastmaste­rs telah membolehka­n ahlinya me- manfaatkan potensi diri dalam berkomunik­asi khasnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut percaya Toastmaste­rs akan membimbing, mendidik dan memotivasi ahlinya untuk pergi lebih jauh dan menjadi sebahagian daripada organisasi global.

“Saya percaya untuk melangkah lebih jauh mereka (kelab toastmaste­rs) harus menghasila­n ahli yang mampu berkomunik­asi secara berkesan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Bahagian Sibu Hani Nur Zaihanirah, Pengarah Kawasan S1 Goh Yee Chun, pengerusi penganjur Annette Hu dan pengasas Swan City Toastmaste­rs Club Dr Clement Chen.

 ??  ?? TERBAIK: (Duduk, dari tujuh kiri) Dr Chen, Tiong, Wong, Hani, Goh dan ahli jawatankua­sa baharu keempat-empat Kelab Toastmaste­rs pada sesi bergambar berkenaan.
TERBAIK: (Duduk, dari tujuh kiri) Dr Chen, Tiong, Wong, Hani, Goh dan ahli jawatankua­sa baharu keempat-empat Kelab Toastmaste­rs pada sesi bergambar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia