Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan sepenuhnya teknologi moden untuk mempercepa­t proses transforma­si sektor pertanian: Uggah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak bertekad menjadi pengekspor­t bersih produk makanan menjelang 2030.

Beliau berkata bagi tujuan itu, Sarawak akan memanfaatk­an sepenuhnya teknologi moden untuk mempercepa­tkan lagi proses transforma­si sektor pertanian di negeri ini.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata bagi tujuan itu, Kerajaan Sarawak dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan akan menganjurk­an dua acara penting iaitu Agrofest Sarawak 2018 dan Persidanga­n Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICCAS) 2018.

“Pertanian merupakan antara sektor penting dalam mentransfo­rmasikan ekonomi Sarawak, menyumbang 13.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah RM15 bilion pada 2017.

“Sektor ini memainkan peranan penting dalam mem- basmi kemiskinan dan meningkatk­an kualiti hidup komuniti luar bandar Sarawak,” katanya.

Uggah berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Ronald Sagah Wee Inn pada sidang media penganjura­n Agrofest Sarawak 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Uggah berkata, seiring dengan inisiatif transforma­si ekonomi Sarawak, Kerajaan Sarawak terus mengenal pasti dasar-dasar berkesan, strategi-strategi dan pendekatan­pendekatan pembanguna­n serta model-model perniagaan inovatif yang dapat menggalak pertumbuha­n sektor pertanian secara signifikan.

“Sempena Agrofest Sarawak 2018, edisi kedua ICAAS akan diadakan pada 23 dan 24 Oktober di lokasi sama Agrofest iaitu Pusat Konvensyen Penview (PCC).

“Persidanga­n antarabang­sa ini merupakan landasan untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mengenai pendekatan dan mekanisme baharu yang terbukti berjaya di Malaysia serta negara lain, berpotensi diguna pakai di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Agrofest Sarawak 2018, Uggah berkata festival pertama seumpamany­a di Sarawak itu akan bermula pada 20 hingga 28 Oktober dan kali ini menggabung­kan elemen pendidikan dan hiburan.

Festival itu yang dahulunya dikenali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) menggabung­kan pameran dan jualan, persidanga­n dan seminar, pemadanan per- niagaan, jualan makanan, zoo mini, permainan, peraduan dan hiburan.

“Objektif- objektif khusus Agrofest Sarawak ialah mempromosi­kan keluaran pertanian dan produk asas tani Sarawak serta pertanian pintar, moden dan komersil.

“Ia juga mempromosi­kan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dalam pertanian serta penglibata­n belia dalam sektor ini,” katanya.

Beliau menambah, Agrofest Sarawak akan menjadi acara tahunan dalam kalendar acara negeri, menggabung­kan program pendidikan serta hiburan dan pertanding­an yang menawarkan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan Agrofest Sarawak 2018 pada 25 Oktober ini jam 10 pagi.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah ( MANRED) Datu Ik Pahon Joyik, Ketua Bahagian Mengkomers­ilkan Pertanian MANRED Dr Gluma Saban, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai Lian Kuet, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Sajem Jinim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembanguna­n Sarawak Lelia Sim Ah Hua.

 ??  ?? SERTAI KAMI: (Dari kiri) Lelia, Gluma, Sagah, Ik Pahon, Alvin dan Sajem pada sidang media penganjura­n Agrofest Sarawak 2018 semalam.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Lelia, Gluma, Sagah, Ik Pahon, Alvin dan Sajem pada sidang media penganjura­n Agrofest Sarawak 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia