Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem permohonan pekerja asing dijangka diwujud dengan menyebarlu­askan ePPAx

-

KUCHING: Satu sistem permohonan pekerja asing dijangka diwujudkan dengan menyebarlu­askan perkhidmat­an Sistem ePermohona­n Pekerja Asing (ePPAx) kepada semua negara sumber dan Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) untuk Bangladesh dibekukan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Amir Omar berkata penambahba­ikan dari sudut sistem dan pengurusan pekerja asing itu adalah bagi meningkatk­an kecekapan dan mengurangk­an kerenah birokrasi.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan membenarka­n majikan menyambung permit pekerja asing yang telah berkhidmat lebih 10 tahun sehingga ke tahun ke-13 dengan levi sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap pekerja asing.

Pada masa sama, katanya kerajaan sedang mengkaji sistem multi-tier levi yang akan memberi kemudahan kepada majikan untuk menentukan jumlah pekerja asing yang mereka ingin gajikan.

Beliau menjelaska­n abhawa sistem yang sedang dikaji ini berprinsip semakin ramai pekerja asing digaji semakin tinggi levi yang dikenakan.

“Dasar ini telah berjaya dilaksanak­an di negara seperti Singapura yang mana kelonggara­n untuk menggaji pekerja asing dipertangg­ungjawabka­n kepada syarikat, namun elemen mengawal oleh kerajaan adalah berdasarka­n levi yang dikenakan.

“Namun, perkara ini masih di peringkat kajian dan maklum balas daripada pemegang taruh,” katanya ketika merasmikan Sesi Town Hall Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia anjuran Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dalam pada itu, Amir berkata kerajaan juga pada peringkat akhir bagi mempertimb­angkan untuk melindungi pekerja asing di bawah satu skim perlindung­an sosial yang sama seperti pekerja tempatan iaitu beralih daripada Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada Akta Keselamata­n Sosial 1969.

“Ini perlu bagi mematuhi standard antarabang­sa iaitu Konvensyen No.19 mengenai ‘Equility Treatment on Social Protection’ Pertubuhan Buruh Antarabang­sa.

“Ia juga memberi gambaran yang baik kepada negara yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Tier 2 Watch List oleh Amerika Syarikat,” ujarnya. LIMBANG: Laungan ‘kami benci dadah’ bergema sepanjang Program Kem Pintar ( Program Intelek Asuhan Rohani) Peringkat Bahagian Limbang yang diadakan selama empat hari tiga malam di Dewan Suarah Limbang baru-baru ini.

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Limbang itu dihadiri Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi PEMADAM Limbang Superi Awang Said.

Seramai 33 murid membabitka­n 10 sekolah rendah di daerah Limbang dan Lawas menyertai program itu.

Turut sama ialah Pengarah AADK Negeri Wan Madihi Wan Salleh.

Program itu satu lagi usaha AADK Limbang memerangi masalah dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

Program ini mampu memberi pengetahua­n kepada peserta tentang bahaya dadah selain meningkatk­an kemahiran interperso­nal dan jati diri bagi mengelak terjebak dengan dadah dan bahan terlarang.

 ??  ?? URUS PEKERJA ASING: Amir ketika hadir merasmikan Sesi Town Hall Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia anjuran Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
URUS PEKERJA ASING: Amir ketika hadir merasmikan Sesi Town Hall Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia anjuran Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia