Utusan Borneo (Sarawak)

BECA Sci-Tech berminat melabur dalam industri petro kimia di Sarawak, kata Awang Tengah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneliti cadangan pelaburan daripada sebuah syarikat China, yang berminat dalam industri petro kimia di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bagaimanap­un Sarawak perlu mengendali­kan kajian lanjut berhubung cadangan industri itu.

“Hari ini kita mendengar taklimat daripada BECA SciTech, iaitu syarikat dari China di mana terdapat cadangan pelaburan dalam industri petro kimia di Sarawak.

“Ia hanya perbincang­an awal dan kita mahu memastikan semua aspek termasuk sumber bekalan, bahan mentah seperti minyak mentah, bekalan gas dan sebagainya selain bagaimana kita dapat membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo dan Borneo Post selepas

Hari ini kita mendengar taklimat daripada BECA Sci-Tech, iaitu syarikat dari China di mana terdapat cadangan pelaburan dalam industri petro kimia

Sarawak.” di Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

menghadiri taklimat bersama delegasi BECA Sci-Tech yang diketuai Pengerusi Lembaganya Fridy Dong di pejabatnya di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Industri dan Usahawan berkata, selain daripada aspek terbabit antara yang turut dikaji adalah sekiranya syarikat itu melabur bersama syarikat lain.

“Secara amnya, kita mengalu-alukan projek ini kerana ia sebuah pelaburan yang amat baik menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi kepada negeri kita.

“Kita menjangkak­an banyak pulangan dan pembanguna­n industri hiliran yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti termasuk industri kecil dan sederhana (IKS),” tegasnya.

Namun kata beliau Kerajaan Sarawak perlu meneliti semua aspek dan cadangan pelaburan syarikat berkenaan di Sarawak.

Berhubung lokasi untuk pelaburan, katanya Kerajaan Sarawak akan meneliti kawasan yang berpotensi atau sesuai bagi cadangan projek terbabit.

Hadir sama Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh.

 ??  ?? DARI CHINA: Awang Tengah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Dong (lima kiri) sambil disaksikan Mussen (tujuh kiri) dan yang lain.
DARI CHINA: Awang Tengah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Dong (lima kiri) sambil disaksikan Mussen (tujuh kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia