Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota PGA diingatkan lebih inovatif ketika bertugas

-

MIRI: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diingatkan agar lebih inovatif, kreatif serta mempunyai keilmuan mantap dan pengalaman luas supaya dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata ini penting bagi memenuhi jangkaan masyarakat yag sering melihat Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sebagai sebuah pasukan mempunyai integriti tinggi.

“Pada kaca mata masyarakat, PDRM dilihat sebagai sebuah pasukan terpenting menghadapi segala cabaran dan pada masa sama mereka mengharapk­an kita dapat memberi perkhidmat­an terbaik,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Bulanan Batalion 12 (BN12) PGA Miri di sini pagi semalam.

Justeru, bagi tujuan itu kerajaan menubuhkan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis untuk memantau pasukan PDRM.

Beliau berkata, situasi menang-menang amat penting kepada kedua-dua pihak agar PDRM sebagai peneraju kepada penguat kuasa undang-undang, ketenteram­an dan keselamata­n negara dapat mendukung hala tuju pasukan seiring dengan pelan transforma­si ke arah kecekapan dan keberkesan­an dalam menuju ke arah kepolisan bertaraf dunia.

Hadir sama Pegawai Pemerintah BN12 Superinten­den Tan Hiap Seng dan Penolongny­a DSP Uchong Sigan serta pegawai-pegawai kanan lain.

Khaw turut menjelaska­n bahawa Skim Kawalan Dadah dan Disiplin (SKDD) perlu dimantapka­n bagi mengawal selia pegawai dan anggota bawahan lebih berintegri­ti kerana tanpa aspek itu, kita dilihat sebagai sebuah organisasi sinonim dengan pelbagai salah laku termasuk rasuah.

“Sepanjang tempoh menyandang jawatan komander Briged Sarawak PGA, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmat­an cemerlang dipamerkan warga Briged Sarawak PGA dan BN12 PGA Miri,” katanya.

Pada majlis sama, Khaw menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 32 pegawai dan anggota BN12 yang komited, ikhlas dan berdedikas­i menjalanka­n tugas diamanahka­n.

Sijil penghargaa­n turut diberikan kepada dua kakitangan awam, empat ahli Persatuan Keluarga Polis ( Perkep) dan tiga wartawan.

 ??  ?? DISIPLIN: Khaw memeriksa barisan kehormat sempena Perhimpuna­n Bulanan Batalion 12 (BN12) PGA Miri pagi semalam.
DISIPLIN: Khaw memeriksa barisan kehormat sempena Perhimpuna­n Bulanan Batalion 12 (BN12) PGA Miri pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia