Utusan Borneo (Sarawak)

Produk ciptaan Politeknik Kuching menerima Anugerah Inovasi Terbaik Keseluruha­n BIF’18

-

BETONG: Produk ‘ Multipurpo­se Vacuum Cleaner Extension Tank’ hasil inovasi Politeknik Kuching menerima Anugerah Inovasi Terbaik Keseluruha­n pada Betong Innovation Festival 2018 (BIF’18) yang berlangsun­g di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini kelmarin.

Anugerah tersebut dinobatkan kepada hasil inovasi yang mempunyai ciri-ciri terbaik, asli dan berpotensi besar untuk dilindungi harta inteleknya dan mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi.

Manakala produk ‘ The Potential Of Eggshell Seashell And Chicken Bone To Reduce The Percentage Of Heavy Metal In Water’ yang dihasilkan MRSM Betong yang menerima Anugerah Inovasi Muda (sekolah) diiktiraf projek terbaik daripada kalangan peserta sekolah dan berpotensi menjadi projek lebih berdaya maju.

Produk ‘ Papaya Seeds Poudre’ yang diilhamkan Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) menerima anugerah ‘ Betong Iconic Product’ di mana pihak juri mendapati produk yang dihasilkan boleh dikomersia­lkan dan boleh diangkat sebagai ikon bagi Betong serta mempunyai kebolehpas­aran tinggi.

Dalam pada itu, projek ‘Inova Wheelba’ yang diketengah­kan Politeknik Kuching menerima Anugerah Khas Juri di mana juri sebulat suara memilih projek yang mempunyai nilai komersial dan kelainan tersendiri.

Selain penerima anugerah pengiktira­fan bagi setiap kategori, turut diumumkan di mana masing-masing di kedudukan pertama dalam kategori 1, Projek ‘Fire Barrier For Fire Fighter’ (Politeknik Kuching), kategori 2, Projek ‘Clap Based Switch System’ (Politeknik Kuching), kategori 3, Projek ‘Multipurpo­se Vacuum Cleaner Extension Tank’ (Politeknik Kuching), tiada penyertaan bagi kategori 4.

Bagi kategori 5, Projek ‘Papaya Seeds Poudre’ (PMBS), kategori 6, Projek ‘Sand Sieve Ino’ (Politeknik Kuching), kategori 7, ‘Bidayuh Culture’ (PMBS) dan kategori 8, Projek ‘Kubu Alice And Panorama Benak’ (PMBS).

Turut diumumkan tempat kedua masing masing diterima Projek ‘Ezy Binding Device’ (Politeknik Kuching), Projek ‘Self Learning Kit-DPA1013’ (Politeknik Kuching), Projek ‘ Finger Print Students Attendance System’ (Kolej Vokasional Bintulu), Projek Mayonis (SMK Spaoh), Projek Haruco (KV Bintulu), Projek Etnik Kaum Cina (PMBS) dan Projek Mount Hosanna Chapel, Sri Aman (PMBS).

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Ishak Mohamad.

 ??  ?? PERALIHAN KUASA: Toh (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas antara Fadzil (kiri) dan Lim, semalam.
PERALIHAN KUASA: Toh (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas antara Fadzil (kiri) dan Lim, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Dr Ishak menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
TAHNIAH: Dr Ishak menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia