Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu harus lebih berwaspada ketika melalui kawasan sekolah

-

BELURU: Pengguna jalan raya terutama pemandu kenderaan diingatkan agar lebih berwaspada dan mematuhi papan tanda jalan semasa melalui kawasan sekolah.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, pada masa yangsamabe­liaumenasi­hatiibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka terutama yang masih kecil berada di tepi jalan.

“Paling penting, pemandu jangan membawa kenderaan terlalu laju khususnya di kawasan sekolah.

“Patuhi papan tanda demi keselamata­n semua,” katanya mengulas kemalangan membabitka­n dua bersaudara di Lapok, Tinjar Baram semalam.

Kedua- dua mereka, ibu saudara yang berusia 10 tahun dan anak saudara perempuan berusia tiga tahun, kaum Penan dari Long Lutin, Baram, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya ( JKR) perlu meletakkan lebih banyak papan tanda bagi memberi amaran kepada pemandu kenderaan.

“Hampir setiap minggu saya lalu di kawasan itu, tidak dinafikan kenderaan memang laju.

“Mungkin kerana jalan bagus dan berturap sehingga mereka mengabaika­n keselamata­n.

“Justeru, segala peraturan jalan raya serta papan tanda amaran ini perlu dibina bukan sahaja di kawasan sekolah malah di kawasan kampung lain berhampira­n jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Sehubungan itu, Dennis turut menasihati pengguna j alan raya terutama penunggang motosikal agar menggunaka­n topi keledar.

Katanya, beliau sedih kerana kemalangan kerap berlaku di kawasan itu, justeru mereka perlu mengubah sikap demi keselamata­n pengguna jalan raya yang lain dan diri sendiri.

 ??  ?? ABAI KESELAMATA­N: Dennis berdiri di tepi jalan tatkala seorang penunggang motosikal tidak menggunaka­n topi keledar melalui jalan raya berhampira­n kawasan kemalangan di Lapok semalam.
ABAI KESELAMATA­N: Dennis berdiri di tepi jalan tatkala seorang penunggang motosikal tidak menggunaka­n topi keledar melalui jalan raya berhampira­n kawasan kemalangan di Lapok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia