Utusan Borneo (Sarawak)

Perluas kerjasama pemain industri, IPT untuk hasilkan inovasi baharu

-

KUCHING: Kerjasama yang lebih luas antara pemain industri dan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diwujudkan untuk menghasilk­an inovasi baharu melalui penyelidik­an dan pembanguna­n dalam era Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata adalah penting sistem pendidikan negara diintegras­ikan dengan keperluan industri untuk menghasilk­an graduan yang berkualiti, kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pekerjaan.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada strategi kos rendah, teknologi rendah dan intensif buruh untuk pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian ( MoA) bagi projek p e n y e l i d i k a n d a n pembanguna­n Internet of Things (IoT) di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan menambah, Sarawak perlu memanfaatk­an Industri 4.0 sebagai sebahagian daripada pelan perancanga­n ekonomi digital negeri.

Beliau berkata bidang perindustr­ian merupakan haluan ke hadapan untuk Sarawak kerana pendudukny­a yang agak sedikit tetapi mempunyai tanah yang luas dan sumber semula jadi yang banyak.

“Penerapan Industri 4.0 akan meningkatk­an produktivi­ti kita serta m e m a k s i m u m k a n penggunaan sumber kita supaya dapat bersaing dalam persekitar­an global yang mencabar ini,” katanya.

Beliau juga menggesa perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) untuk mengambil bahagian secara aktif dalam Industri 4.0 bagi menjadikan Sarawak lebih dinamik dengan ekonomi yang kukuh.

 ??  ?? PERLUAS KERJASAMA: Awang Tengah (berdiri, empat kanan) menyaksika­n upacara menandatan­gani MoA bagi projek penyelidik­an dan pembanguna­n IoT di Kuching, semalam.
PERLUAS KERJASAMA: Awang Tengah (berdiri, empat kanan) menyaksika­n upacara menandatan­gani MoA bagi projek penyelidik­an dan pembanguna­n IoT di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia