Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti Limkokwing mahu perluas TVET Malaysia ke Lesotho

-

MASERU ( Lesotho): Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing merancang untuk memperluas­kan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia ke kampus cawangan Lesotho dalam usaha menghasilk­an lulusan berkemahir­an tinggi.

Naib Presiden Kanan Pemerkasaa­n Industri universiti Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata rancangan berkenaan didorong oleh kejayaan pelaksanaa­n TVET di kampusnya di Botswana.

“Kami telah mencadangk­an r a n c a n g a n u n t u k melaksanak­an TVET kepada kerajaan Lesotho dan masih menunggu maklum balas mereka.

“Model TVET dalam sistem pendidikan penting untuk memastikan golongan belia yang tidak berminat dalam akademik tetapi mempunyai bakat dan kemahiran, tidak ketinggala­n,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan dan Latihan Lesotho, Prof Ntoi Rapapa , di sini semalam.

T u r u t h a d i r i a l a h Pengurus Pembanguna­n Jenama, Kreativiti dan Bakat Universiti Limkokwing, Maizura Mahathir, pengarah pemasaran dan pengambila­n serantau Marcia Kesego Mangadi serta Timbalan Pendaftar, Moroka Hoohlo.

Kunjungan hormat berkenaan bersempena majlis graduasi kampus Universiti Limkokwing, cawangan Lesotho yang dijadualka­n Khamis ini.

Lebih 800 pelajar dari seluruh benua Afrika akan menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang seperti reka bentuk grafik, seni halus, perhubunga­n awam, seni bina dan e-dagang pada majlis tersebut.

Raja Aznil berkata program TVET akan ditawarkan di peringkat diploma dan sijil, dengan memberi tumpuan kepada program berasaskan kemahiran dan amalan seperti seni persembaha­n, seni kulinari dan multimedia.

Universiti Limkokwing, antara jenama terkenal Malaysia dalam bidang pendidikan antarabang­sa di rantau Afrika, mempunyai empat kampus cawangan di benua itu - Botswana, Lesotho, Swaziland dan Sierra Leone.

Perkhidmat­an Akreditasi Kolej Antarabang­sa (ASIC) dari United Kingdom telah memberikan Anugerah Universiti Model TVET Global kepada Universiti Limkokwing dan pengasas universiti, Tan Sri Lim Kok Wing dengan Anugerah Kepimpinan Transforma­si dalam Pendidikan TVET Global.

A n u g e r a h t e r s e b u t mengiktira­f usaha perintis Lim untuk membawa industri pendidikan, yang telah mengubah landskap pendidikan swasta di Malaysia dan juga di 10 negara yang menempatka­n j enama Limkokwing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia