Utusan Borneo (Sarawak)

Jarak sekolah terlalu jauh, 200 kanakkanak Orang Asli lambat bersekolah

-

GUA MUSANG: Lebih 200 kanak- kanak Orang Asli berumur sembilan tahun ke bawah di Kampung Kuala Koh dan Aring 5 di Pos Lebir di sini tidak dapat memasuki alam persekolah­an seperti kanak- kanak lain ekoran jarak sekolah yang terlalu jauh dari kawasan penempatan mereka.

Sekolah terhampir iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Pasir Linggi terletak kira-kira 90 kilometer dari kawasan penempatan mereka dan ini menyukarka­n ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah pada usia yang terlalu muda.

Justeru, ibu bapa di kawasan tersebut mendesak kerajaan supayamemb­ina‘sekolahmin­i’ di kawasan penempatan itu bagi keperluan pembelajar­an kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun itu sebelum mereka mampu berdikari untuk tinggal di asrama.

Seorang penduduk, Samat Along, 48, dari Kampung Kuala Koh kebanyakan masyarakat Orang Asli yang tinggal di dua penempatan tersebut adalah daripada suku Batik dan perkara itu berlarutan sejak sekian lama.

“Ibu bapa memilih untuk menghantar anak- anak ke sekolah pada umur 10 tahun kerana pada usia itu , mereka telah mula pandai untuk berdikari.

“Adalah lebih baik kerajaan membina sekolah di kampung terbabit untuk anak kami berumur enam hingga sembilan tahun bersekolah dan boleh diuruskan ibu bapa masing-masing setiap hari,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung tersebut di sini, semalam.

Sabri Sabtu, 30, dari Kampung Aring 5, berkata k e d u d u k a n s e k o l a h tersebut amat jauh sehingga menyukarka­n ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka terutama yang berusia di bawah sembilan tahun.

“Kalangan ibu bapa juga risaukan keselamata­n anakanak mereka yang masih kecil jika tinggal di asrama, justeru kami memohon supaya kerajaan mempertimb­angkan untuk membina sebuah ‘sekolah mini’ di kawasan ini bagi menempatka­n kanakkanak berusia di bawah sembilan tahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia