Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun kelapa sawit disaran guna teknologi terkini Ia bagi meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n selain hasil pengeluara­n tanaman berada pada kualiti ditetapkan

-

MELAKA: Pekebun kecil dan peladang kelapa sawit di negara ini disaran menggunaka­n teknologi terkini bagi meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n komoditi berkenaan selain hasil pengeluara­n tanaman tersebut berada pada kualiti ditetapkan.

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata penggunaan teknologi terkini juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga buruh sekaligus membantu peladang dan petani menjimatka­n pelaburan mereka untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata penggunaan teknologi tersebut juga bukan sahaja memudah dan mempercepa­t proses penanaman kelapa sawit malah ia turut membantu mengembang­kan industri komoditi kelapa sawit di negara ini.

“K e r a j a a n j u g a menyediaka­n pelbagai insentif termasuk telah meluluskan peruntukan kira-kira RM4.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk subsidi sehingga 20 peratus di bawah Skim Insentif Mekanisasi Industri Kelapa Sawit

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Timbalan Menteri Industri Utama

(OPIMIS) bagi membantu sektor perladanga­n membeli peralatan jentera.

“Kita juga menggalakk­an pemain industri yang mempunyai kepakaran teknologi berkongsi idea dan inovasi tersebut agar penggunaan­ya dapat diperluask­an sekaligus memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Buruh dan Mekanisasi Dalam Perladanga­n 2018’ di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago Kementeria­n Industri Utama Mohd Faisal Abd Wahid dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Pada majilis sama Shamsul Iskandar turut melancarka­n buku berkaitan teknologi dan jentera terkini dalam industri kelapa sawit yang bertajuk ‘Accelerati­ng Oil Palm Mecahanisa­tion in Malaysia: Innovation­s and Adaptation­s’.

S h a m s u l I s k a n d a r berkata selain penggunaan teknologi, pekebun kecil dan peladang juga perlu mencari peluang ekonomi lain termasuk menceburi bidang keusahawan­an yang berkait rapat dengan penggunaan bahan mentah kelapa sawit untuk menjana pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sebagai contoh, minggu lepas saya melakukan lawatan di Sabah untuk meninjau industri koko di Sabah di sana dan kita lihat pengusaha dan pekebun koko di sana turut terlibat dalam sektor keusahawan­an yang mana produk yang mereka tanam diproses menjadi coklat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Kushairi berkata buku tersebut memaparkan pelbagai inovasi serta adaptasi mesin dan teknologi terkini yang boleh diguna pakai untuk mengoptimu­mkan pengeluara­n kelapa sawit dan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil dan peladang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Shamsul Iskandar (kiri) melancarka­n buku berkaitan teknologi dan jentera untuk industri kelapa sawit bertajuk‘Accelerati­ng Oil Palm Mecahanisa­tion in Malaysia: Innovation­s and Adaptation­s’ selepas merasmikan ‘Labour and Mechanisat­ion in Plantation Seminar (LAMP 2018) semalam. Dr Ahmad Kushairi (dua, kanan).
— Gambar Bernama LANCAR: Shamsul Iskandar (kiri) melancarka­n buku berkaitan teknologi dan jentera untuk industri kelapa sawit bertajuk‘Accelerati­ng Oil Palm Mecahanisa­tion in Malaysia: Innovation­s and Adaptation­s’ selepas merasmikan ‘Labour and Mechanisat­ion in Plantation Seminar (LAMP 2018) semalam. Dr Ahmad Kushairi (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia