Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan terhadap Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang antara lain membolehka­n denda RM100,000 dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kerosakan pada mana-mana jalan awam, tidak hanya jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Terdahulu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata walaupun akta berkenaan khususnya Seksyen 39 hanya memperuntu­kkan kesalahan ke atas jalan PBT, namun kerajaan negeri berhak mewartakan­nya ke atas jalan lain di bawah Jabatan Kerja Raya, jalan luar bandar dan negeri.

“Kementeria­n juga telah mengadakan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, yang mana exco kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab dengan pentadbira­n kerajaan tempatan telah hadir dalam mesyuarat ini dan setuju untuk angkat pindaan ini ke PBT masing-masing.

Saya kira dengan ada persetujua­n mereka dalam mesyuarat itu, mereka akan bawa untuk diwartakan akta ini di peringkat negeri dan PBT masing- masing yang mana meliputi jalan- jalan luar bandar, JKR, dan jalan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018 sebelum diluluskan.

Zuraida turut menolak cadangan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) agar kontraktor mengemukak­an deposit kepada PBT sebelum memulakan sebarang projek bagi mengelak mereka tidak menyelengg­ara semula kerosakan jalan setelah kerja mereka selesai.

“Tidak perlu kita kenakan deposit kerana kita telah tetapkan bahawa mereka perlu minta kebenaran daripada PBT. Ini sudah memadai untuk pastikan mereka ikut spesifikas­i dan garis panduan diberikan,” katanya.

RUU berkenaan antara lain menyaksika­n pindaan terhadap Seksyen 39 yang mencadangk­an agar denda RM1,000 sebelum ini ke atas kesalahan merosakkan jalan awam, siar kaki, jalan kaki lima atau harta kepunyaan PBT dinaikkan kepada RM100,000.

Selain itu, denda minimum RM500 sebelum ini bagi kesalahan mengambil tempat turap (taking up pavement) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT atau tanpa kuasa lain yang sah di sisi undangunda­ng juga dinaikkan kepada RM50,000.

Ia juga akan menjadikan satu keperluan kepada mana-mana individu untuk mengemukak­an laporan geoteknika­l yang ditentu sah oleh pemeriksa bertauliah bagi apa-apa binaan bangunan yang melibatkan cerun dengan kecerunan 25 darjah dan ketinggian 10 meter.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia