Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dikembalik­an ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan

-

PUTRAJAYA: Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Rembau dibenar menangguhk­an hukuman penjara tiga bulan yang dijatuhkan terhadapny­a kerana menghina mahkamah selepas didapati mengajar seorang saksi memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya.

Panel l i ma hakim Mahkamah Persekutua­n yang dipengerus­ikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum membenarka­n Amino Agos Suyub menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman itu.

Hakim tertinggi itu kemudian mengembali­kan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan Amino Agos selepas memutuskan mahkamah berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes menghina mahkamah sekalipun kes berasal daripada Mahkamah Pilihan Raya.

Malanjum berkata Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Azimah Omar yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi menggunaka­n kuasanya menurut Perkara 126 Perlembaga­an Persekutua­n mengenai penghinaan.

Beliau berkata Amino Agos akan dinafikan rayuan dua peringkat jika kesnya tidak didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili pempetisye­n Dr S. Streram memberitah­u mahkamah yang beliau tidak membantah penangguha­n pelaksanaa­n hukuman bersandark­an hak Amino Agos untuk menggunaka­n semua saluran yang ada.

Hakim lain yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah serta Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali.

Peguam G. Rajasingam yang mewakili Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) dan Amino Agos serta Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berpandang­an Mahkamah Rayuan boleh mendengar kes itu sekalipun ia berasal daripada Mahkamah Pilihan Raya.

Mohd Hafarizam berkata kes penghinaan bukan isu petisyen pilihan raya, justeru Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanap­un Mohamed Haniff Khatri berkata isu menghina mahkamah itu berasal daripada petisyen pilihan raya dan menurut statut, rayuan petisyen pilihan raya akan terus didengari Mahkamah Persekutua­n.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan menangguhk­an prosiding pendengara­n permohonan menangguh pelaksanaa­n hukuman dan meminta Rajasingam memohon Mahkamah Persekutua­n memutuskan sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu memandangk­an kes berasal daripada Mahkamah Pilihan Raya.

Sementara itu, Rajasingam turut memaklumka­n kepada Mahkamah Rayuan semalam akan keputusan mahkamah tertinggi tersebut dan Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini bagi Rajasingam menarik balik permohonan penangguha­n pelaksanaa­n hukuman memandangk­an penangguha­n telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutua­n.

Rabu lepas, Azimah mendapati Amino Agos bersalah kerana mengajar seorang saksi dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Dr Streram, calon Pakatan Harapan, dan menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan terhadap Amino Agos.

Dr Streram memfailkan petisyen pilihan raya memo- hon membatalka­n keputusan SPR yang mengisytih­arkan Mohamad sebagai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.

Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding selepas Amino Agos enggan membenarka­n Dr Streram memasuki pusat pencalonan kerana beliau tidak mempunyai pas sah yang dikeluarka­n oleh SPR.

Amino Agos kemudian memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya serta notis penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu rayuannya.

Dalam pembelaann­ya, Amino Agos menafikan dia berniat untuk mengajar saksi, Daing Muhamad Rahimi, iaitu penolong pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke- 14, bagaimana untuk memberi keterangan di mahkamah.

Dia mendakwa mesej yang dihantarny­a kepada saksi itu menerusi WhatsApp adalah sebagai luahan perasaan sahaja.

Di luar mahkamah, Rajasingam memberitah­u pemberita, pengurusan kes rayuan itu akan ditetapkan pada hari lain yang belum diputuskan oleh mahkamah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Ganesh (dua kanan) dan Mohanraj (dua kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Selayang selepas mendengar pertuduhan dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Ganesh (dua kanan) dan Mohanraj (dua kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Selayang selepas mendengar pertuduhan dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Satthiya (kiri) seorang daripada tiga tertuduh yang menghadapi tuduhan dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri bulan lalu dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Seksyen Selayang, semalam.
— Gambar Bernama BEBAS: Satthiya (kiri) seorang daripada tiga tertuduh yang menghadapi tuduhan dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri bulan lalu dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Seksyen Selayang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia